we tot la.. pasti ramai peminat bbq kan.. betul tak.. sekarang nie dah macam trend bila berkumpul sanak saudara atau bersama rakan - rakan, pasti aktiviti bbq nie yang jadi pilihan..


sebenarnya bbq nie adalah antara cara memasak kuno.. maklumlah dari zaman dulu - dulu lagi ianya adalah pilihan yang mudah dan sedap kalau betul gaya memasaknya, tak mahulah luar sahaja rentung, tapi dalamnya mentah, unless kita memang jenis yang sukakan medium rare.

selain ayam, sosej adalah menu wajib bila bbq

kali ini kami nak share tip yang kami dapat dari  CHOW untuk maksimumkan rase sosej bila di bbq.
selalunya bila kita membakar sosej .. selalunye bahagian luar sahaja yang 'caramelized' {terma untuk masak sosej nie} manakala bahagian dalam rasa kering jea.. kurang sedap kan..

dan mengikut tips mereka, rasa dibahagian dalam tu pun bole di maksimumkan.. dengan caramelized dengan mengelar sosej tu secara keseluruhannya...

memang waktu kita kalau masak pun memang suka mengelar - ngelar sosej supaya masak sampai ke dalam.. cuma cara yang mereka ajar nie lagi menarik...

jadi ketika kami bbq kami pun cubalah kaedah ini.. memang terbukti.. lazatnya lain macam.. 



sosej perlu cucuk dahulu sebelum di kelar, untuk itu boleh gunakan samada lidi sate atau kalau nak tebal lagi, gunakan chopstick... pendapat kami menggunakan chopstik lebih mudah.. 

cocok dari bahagian bawah tengah sampai ke atas.

Mulakan mengelar dari atas ke bawah sambil golek kan di papan pemotong.. dan lepas tu cabut lidi atau chopstik tu.

Letakkan diatas api dan bbq sehingga masak.. untuk lihat samada sudah masak.. boleh ditentukan warnanya yang berubah.. agak gelap rupanya berbanding sebelum dimasak.. 


tip untuk menyedapkan lagi.. sapukan madu pada sosej ketika membakar.. pasti terangkat!

baiklah ini video di bawah ini menerangkan secara visual tentang kaedah mengelar sosej ini...


dan ketika bbq ini jangan lupa sediakan menu sampingan Hashbrown Casserole juga yea.. memang ngam!

selamat mencuba!