we tot la.. mesti ade yang kenal dengan The Duggar Family tu.. kalau ada yang pernah menonton rancangan reality tentang family yang anak ramai tu.. dah 19 orang dah anak - anak mereka.. (perggh...) dan katanya masih counting... 


resepi ini saya dapatkan selepas menonton rancangan itu.. sebab terliur tengok.. dan resepi nie adalah menu tetap dinner mereka.. cuma bezanya kuantiti yang mereka masak.. bayangkan resepi ini dibuat untuk 19 orang.. banyak tu..

nama resepi ini ialah  Duggar's Tater Tot Casserole.. memandangkan saya tak jumpa Tater tot nie.. dan lepas di lihat dalam internet, Hash Brown adalah bahan terdekat yang boleh digunakan.. maka saya gunakan HashBrown sebagai bahan utama. 

AMARAN: resepi ini agak muak, jadi jika dibuat sediakan salad atau jadikan side menu pada majlis BBQ. 



bahan - bahannya ialah....

200 gram daging ayam cincang
1 pek hash brown - setiap satu keping di potong 4
2 tin cream soup - mushroom campbell & chicken 
1 tin susu cair

cara - caranya... 











gorengkan daging cincang tanpa minyak dan ketepikan.



















potong hasbrown kepada kepingan kecil... dan goreng sehingga masak...


















mulakan dengan meratakan daging cincang yang telah di goreng tanpa minyak itu ke dalam baking dish..















   













campurkan kedua - dua tin campbell soup dengan susu cair dan kacau  sehingga sebati..




































goreng hashbrown sehingga garing...











































sementara itu hashbrown yang telah digoreng itu, di toskan...





























kemudian letakkan kepingan hash brown yang telah ditoskan minyak itu di atas daging cincang..


penuhkan  kepingan hashbrown itu didalam baking dish..


































tuangkan campuran campbell soup dan susu cair yang telah dicampurkan tadi itu ke dalam baking dish..




































tuangkan sehingga tenggelam kesemua hasbrown di dalam baking dish itu...
































masukkan ke dalam oven dan bakar pada suhu 200'c selama 1/2 jam...













kemudian, selepas 1/2 jam pada suhu 200'c keluarkan baking dish dan taburkan mozzarela cheese pada permukaan






pastikan seluruh permukaan dilitupi cheese, kuantiti cheese bergantung pada kesukaan...














masukkan semula baking dish itu dan bakar lagi sehingga 1/2 jam seterusnya atau sehingga cheese bewarna keemasan...






keluarkan dan sejukan.. selepas itu boleh dihidang.. 


selamat mencuba!