we tot la.. selain resepi lauk pauk... mesti ada juga yang tercari resepi makanan bayi.. maklumlah bayi pun nak makan yang sedap - sedap jugak.. dan kalau boleh yang dimasak oleh ibunya sendiri.. bukan apa sebab jimat sangat kalau buat sendiri..

kalau beli pun ok jugak.. tapi sekali sekala masak pun apa salahnya dan buat stok untuk dua tiga hari terus.. baki hari tu baru beli... 

pengalaman mama tot.. selalu pastikan kalau kita nak keluar terutama hujung minggu.. contoh nak ke shopping mall ke, elok bawak bekal.. guna jea bekas makanan bayi yang dibeli tu.. bekas kaca macam Heinz tu ke.. guna semula dan terus pek kan kepada 2 atau 3 bergantung pada masa nak keluar tu... 

sebabnya anak dara kami nie dulu wahh.. sangat suka makan terutama bubur nasi, jadi setiap kali kami nak keluar agak - agak lama melebihi 2-3 jam, memang kena bawak bekal sebab die nak repeat makan sampai petang.. dan yang 'hebat'nya kadang tu tak cukup satu bekas.. itu yang badan pun boleh tahan waktu tu... 

tengoklah Nurdini Iman waktu galak makan bubur berbekas - bekas..... 


baiklah.. 

resepi untuk bayi yang ingin dikongsikan ini ialah kastard susu yang mana sangat sedap (macam mana tahu sedap.. maknya kan kene rasa juga dulu kan sebelum kasi anak makan..) 

kastard susu ini adalah menu wajib untuk dessert anak dara kami ini dulu...

untuk dapatkan adunan banyak seperti yang dalam gamba... resepi ini telah saya kalikan 3 adunan.. 

bahan - bahannya... 

1 biji kuning telur, dipukul
2/3 cawan susu
1 sudu teh gula (bergantung samada ingin letak gula atau tidak)
1 sudu teh tepung jagung
1/2 sudu teh perisa vanilla

cara-caranya....

Pukul telur dan tepung jagung, ketepikan,

panaskan susu beserta perisa vanila dan gula didalam periuk sehingga mendidih,

tutup api dan angkat periuk, letakkan di atas meja,

ketika ini masukkan kuning telur dan tepung jagung yang telah dipukul itu dan gaulkan sehingga sebati.

selepas itu panaskan semula di atas api dan kacau sehingga pekat. 

cara penyimpanannya, bakinya kami simpan dalam botol kaca makanan bayi..

letak dalam fridge bahagian bawah.. tak boleh di frozen kan custard nie..

dan disebabkan disimpan di bahagian bawah, selalunya tak simpan lama.. paling lama dua hari sahaja..
cara memanaskankannya rendam dalam air panas dan kalau ada food warmer, lagi senang, terus panaskan ikut setting warmer tu..


para ibu dan bapa, cubalah yea..