we tot la.. mesti ramai yang suka makan mee kari.. dan mesti juga ada kedai yang menjual mee kari yang meletup sampaikan kita kalau terfikir nak makan, mesti nak beli disitu...

kami suka mee kari yang di jual di Gerai tepi Taman Ibukota berdekatan Uptown Danau Kota... gerai tu sampai dapat anugerah kedai harga patut.. mana taknya.. sepinggan mee kari hanya RM3.00 sahaja.. portion banyak pulak tu.. dan yang pastinya sedap dan menepati selera ratusan pelanggan yang memenuhi gerainya setiap hari..

tapi entry kali ini bukan tentang gerai tu.. cuma nak cerita tentang mee kari.. dan nak berkongsi resepi yang enak yang dicuba dari perkongsian Kak Hanieliza.. 

dan kelebihan buat sendiri nie.. tang lauk pauknyer memang penuh semangkuk.. maklumlah ikut selera sendirilah katakan..

yang nie pun saya copy+paste dari fotopages kak Hanieliza yea..








1 kg mee kuning [celur dan toskan]
Taugeh [buangkan kaki/akarnya]
Bawang goreng
Bahan Hiris/potong kecil
Tahu [gorengkan]
Daun bawang & daun sup
Cili merah
Limau kasturi/limau nipis

Bahan Kuah

1/2 kg ayam...potong kecil
200 gm udang
1 paket chicken ball
1 paket fish cake [potong nipis]
2 s/b cili mesin
3 s/b rempah kari dibancuh dgn skit air asam jawa
5 cawan santan..(1 biji kelapa)
minyak
garam


Bahan mesin

2 batang serai
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
5 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih

 






1. Tumiskan bahan yang dimesin sehingga wangi dan garing. Masukkan rempah..biarkan naik minyak.

2. Masukkan ayam.. fish cake..dan chicken ball dan santan..renehkan sehingga naik minyak.

3. Hidangkan bersama mee yang telah dicelur dan bahan yang dihiris tadi.



Mee kari ini memang menepati selera kami.. sampaikan seluruh keluarga kami sukakannya.. 

Puas hati sangat - sangat dengan mesti mahu kongsi dengan rakan - rakan, mana tau ada yang plan nak buat mee kari minggu ini...

selamat mencuba yea!