بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


we tot la.. pintu raya rumah kami nak diberi wajah baru... 


tengoklah rupanya... sejak tinggal di rumah ini kami masih tak boleh nak decide untuk cat warna apa... sampaikan bertahun.. masih tak buat apa...


sehinggakan dah 4 tahun kami tinggal di sini, ianya masih tak bercat...


jadi untuk raya tahun ini, kami nak buat sesuatu.. cat dan tukar sikit rupa pintu kami... 


tapi bukan tukar pintu yea... 


tapi dengan menambah dekorasi padanya...




projek dimulakan dengan berbincang, selepas itu kami pun mula sketch design untuk makeover pintu ini... 

dan yang 'bagusnya'.. bajet kami rendah.. maklumlah.. nak buat apa pun.. terutama dekorasi.. mesti ada bajet.. cuma kali ini.. kami tak mahu spend banyak sangat pada dekorasi pintu... jadi kami mesti pastikan segala peralatan dekorasi termasuk cat dan bahan - bahan lain adalah dalam lingkung budget.

jadi kerja kami dimulakan oleh papa tot... 

mula -mula papa tot ke hardware untuk membeli barangan yang ada dalam list.... dan Alhamdulillah.. rezeki kami... papa tot dapat beli papan ini dengan harga RM12 seikat, dan dalam satu ikat tu ade 6 keping.. wahh menarik kann... 

baiklah bahan - bahan yang kami listkan  adalah...


cat minyak bewarna kelabu - 1 liter
cat minyak bewarna putih - tin kecil (kurang dari 1 liter)
gam kayu
kayu beading 10 kaki x 2 batang

yang kami dah ada... 
filler kayu
berus mengecat
kertas pasir




sebenarnya papan ini adalah papan dari pintu juga... 

tau tak pintu yang selalu di pasang pada bilik pejabat tu... pintu jenis itu selalunya bahagian dalamnya dibuang untuk digantikan dengan cermin... dan inilah bahagian yang dibuang tu.... 


masa papa tot bawak balik ini.. dan bila tau harganya wahh memang suka sangat... siapa sangka.. dan kami anggap itu rezeki kami... 

dan selepas itu kami mula sketch semula design pintu..

dan waktu tu kami dah nampak macam mana rupanya nanti... 








selain papan itu.. kami beli kayu ini.. bentuknya macam frame gambar tu... kayu jenis ini dipanggil beading, kami beli dalam 2 batang pada ukuran 10kaki sebatang.. harganya RM10 setiap satu... 

memang kami selalu gunakan ini untuk  hiasan pintu.. 

tapi, sebelum ini kami gunakannya untuk dijadikan architrave kesemua pintu bilik di rumah kami... 

cuma kami ini ianya akan jadi deko pada pintu....









jadi bila bahan - bahan dah mencukupi... kami mulakan dengan mengukur kayu beading pada saiz dan pattern yang diingini.. 


hujungnya dipotong 45 darjah..








kami paku terus pada pintu mengikut groove yang sedia ada pada pintu tu..




























dan kami ulang pada bahagian yang bertentangan.. supaya sama...












selepas itu kami pakukan pula pada bahagian hujung atas dan bawah untuk membentuk rangka segiempat tepat









kami sapukan wood filler pada bahagian yang tak sekata supaya nampak kemas...

terutama pada pada tempat yang dipaku dan bahagian sambungan antara beading tu...

bila cat nanti akan nampak kemas...









sedikit close-up pada bahagian yang disapukan...






























sekarang ukur kedudukan papan dan tanda dahulu...



























gunakan gam kayu untuk melekatkan papan di pintu sebelum mula memaku...














kemudian bila gam sudah melekat, mulakan memaku kesemua papan..























kami sudahkan dengan meletakkan kayu pada pada bahagian tengah supaya kelihatan seperti bingkai pada kedua-dua papan itu...












kini pada tempat telah diletakkan filler kayu.. gosok sehingga hilang kesannya...


kerana selepas ini keseluruhan pintu akan dicat...










kami memilih untuk mengecat warna kelabu..

dan disebabkan kami inginkan warna yang lembut, kami campurkan satu tin kecil warna putih pada warna kelabu itu untuk mendapatkan seperti warna yang dingini...





















dah siap... 

pintu rumah kami yang berwajah baru.. 

dan untuk menampakkan lagi menarik.. kami cat entryway  dengan warna yang sama... 














kos untuk kesemua ini tak tinggi.. cuma kami tak ingat harga cat yang pasti brand Seamaster

cat minyak selalunya kami bila ke hardware.. kami mintak yang murah jea.. tapi pastikan branded.. sebab nak kualiti dan penjimatan...

berbeza dengan cat dinding.. kami amat menitikberatkan tentang kualiti.. walaupun harganya mahal sedikit pun, tapi jika ada banyak kelebihan contohnya dinding yang boleh dilap jika terdapat sebarang kekotoran tanpa meninggalkan kesan.. akan kami ambil kira...

tapi apapun semuanya terpulang pada budget kita... cuma pendapat kami sebegini...

dan yang seronoknya perbelanjaan kami masih dalam budget... ade la baki sedikit..

jadi boleh la cuba yea...