we tot la.. ini adalah resepi Paprik Ayam terbaik yang pernah dicuba.. betul!

sebelum nie beberapa kali kami cuba dan hasilnya tak menepati citarasa kami.. mujur bertemu dengan resepi ini.... terima kasih kepada Puan Hanieliza yang sudi berkongsi resepi yang sungguh enak.. 

jadi untuk berbuka petang nie bolehla cuba yea.. 

Bahan - bahannya

  • 300 gram Isi Ayam
  • 100 gram Lobak Merah
  • 100 gram Brokoli
  • 100 gram Cauliflower 
  •   50 gram Capsicum Hijau
  •     1 labu  Bawang Besar
  •     3 tangkai Cili Api


kesemuanya di potong kecil atau didadukan...

  • 2 sudu besar Kicap Pekat
  • 5 sudu besar Sos Tomato
  • 5 sudu besar Sos Cili
  • 3 sudu besar Sos Tiram
  • 1/2 cawan air


semuanya dicampurkan terus kedalam mangkuk dan kacau sebati

  • 5 helai daun limau purut 
  • 1 batang serai - di ketuk 
  • 3 biji limau kasturi - ambil jusnya sahaja
  • 5 biji ciliapi - ketukkan
  • 3 ulas bawang putih - ketukkan


Cara - caranya

Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dengan serai sehingga wangi,

Kemudian masukkan ayam, kacau rata sehingga ayam nampak separuh masak,

Selepas itu masukkan pula lobak merah, cili api dan campuran sos, kacau dan biarkan sehingga mendidih. 

Akhir sekali masukkan sayuran lain beserta daun limau purut dan jus limau dan kacau sehingga rata. 

Hidangkan dengan nasi putih atau mee / bihun yg telah dicelurkan. 


selamat mencuba!