we tot la.. kali ini kita cuba resepi Italian pula, yang mana  ianya resepi yang mudah dan cepat dan sedap..

masakan ini tidak merujuk mana-mana resepi, jadi takde sukatan yang tepat.. maknanya boleh tambah atau tidak mengikut citarasa sendiri.

Bahan - bahannya


  • Pasta jenis Penne - separuh dari peket di rebus dan di toskan airnya
  • 2 ulas bawang putih - di cincang
  • 1 biji bawang besar - di dadukan
  • sos Carbonara brand Prego
  • serbuk Nutmeg 
  • Oregano
  • serbuk lada hitam
  • 3 keping cheese cheddar
  • shrededcheese mozzarella - ambil separuh dari peket

Cara - caranya

tumis bawang sehingga naik bau.. 

masukkan lebih kurang 1/2 sudu teh oregano, nutmeg dan lada hitam.. dan kacau,

masukkan sos prego dan kacau hingga sebati..  bila mendidih boleh masukkan sedikit air lebih kurang dalam suku cawan, masukkan pasta.. gaulkan.. dan akhir sekali, masukkan semua cheese.. 

kacau sehingga nampak pekat...

hidangkan.. 

*jika ingin menjamu anak kecil.. tak perlu letakkan lada hitam, kecuali jika mereka suka,

*juga boleh tambahkan daging cincang samada daging lembu atau ayam, masukkan sebelum menumis bawang, rasa akan jadi lebih menarik.

selamat mencuba!