we tot la.. ikan dory nie adalah antara ikan yang best, sedap dan puas bila makan... dan yang lagi best, harganya berpatutan dan dagingnya tebal, 


selalu sebenarnya kami beli dory frozen di supermarket, dan selalunya kami buat fish & chip, sebab menu kami dalam seminggu mesti satu hari kami tak makan nasi, jadi menu akan ditukar ke samada Italian, Western, Indian atau apa - apa sahaja yang terlintas untuk di google resepinya...

dan sekali sekala bila tukar angin, kami buat lauk pula... yang mana untuk di makan dengan nasi, maka resepi yang paling menarik dengan ikan dory ini (pada pendapat kami) ialah masak sweet sour... best!


jadi bagi yang berminat untuk mencuba, ini resepinya...


bahan - bahannya...

1 peket frozen dory fish - dipotong menjadi ketulan kecil dan di lumurkan kunyit dan garam
2 ulas bawang putih - dihiris
1 biji bawang besar - dihiris
1 inci halia - dihiris
beberapa biji cili api (bergantung pada kepedasan yang diinginkan) - di belah tengah
sebiji tomato - di potong 8
1 sudu kecil - serbuk ketumbar
4 sudu besar - sos cili
1 sudu besar - sos tomato
1 sudu besar - sos tiram
1 sudu besar - sos ikan
1/2 cawan air 
garam gula secukup rasa

cara - caranya..

gorengkan dory fish sehingga masak.. ketepikan

tumis segala yang di hiris sehingga naik baunya dan masukkan semua jenis sos.. selalunya kami akan kacau sos sehingga sebati dahulu di dalam mangkuk berasingan... kemudian baru dimasukkan sekaligus kedalam kuali

dan bila tumisan sudah  kelihatan pekat, boleh dimasukkan air dan kacau

biarkannya mendidih dan kemudian barulah masukkan serbuk ketumbar dan buah tomato dan kacau sehingga sebati

biarkan lebih kurang dalam 5 minit, supaya buah itu lecur sedikit barulah tutupkan api..

ketika hendak makan barulah di tuangkan sosnya ke atas ikan..

resepi ini adalah versi yang agak simple, kalau ingin lembih nampak menarik dan sedap,  bole tambahkan potongan kecil nenas, lada benggala, cili merah dan daun sup sebagai hiasan..  waktu untuk masukkan kesemua ini adalah sama  ketika masukkan buah tomato yea.. 

Selamat Mencuba..