بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

we tot la.... pasti ada yang dah pernah sampai ke Gold Coast Morib nie kan.. untuk kami, ini kali kedua kami datang.. memang seronok betul bawa budak-budak ke sini.. lagi -lagi bila kosnya tak semahal mana.. 

kedua-dua kali kami sampai ke sini, menggunakan pakej yang di beli di Groupon.. 

pada kami memang berbaloi sangat... dan dalam keterangan Groupon, kami dah save sebanyak RM466 dengan membeli pakej ini.. pada kami wow!

dan kalau penjimatan kami ini boleh dikongsikan bersama lagi seronok.. betul tak...

ini adalah keratan Groupon kami... kupon ini dibeli pada harga RM190 sahaja


dengan pakej ini kami dapat
  • bilik Studio untuk 2 hari 1 malam
  • 2 tiket dewasa ke Taman Tema Air Gold Coast
  • Buffet makan malam untuk 2 dewasa
  • Buffet sarapan untuk 2 orang
dan bila kami saja kira sendiri.. kos untuk setiap satu ialah...

  • bilik Studio untuk 2 hari 1 malam - bilik ini siap dengan Jakuzi.. jadi anak-anak kami kalau dah puas main di taman air, sambung berendam di dalam bilik.. tang nie memang  berbaloi.. = RM400
  • 2 tiket dewasa ke Taman Tema Air Gold Coast RM35 x 2 = RM70
  • Buffet makan malam untuk 2 dewasa = RM40 x 2 = RM80
  • Buffet sarapan untuk 2 orang = RM18x2 = RM36
jadi, jumlah keseluruhan sebenar ialah RM586.. walaupun tak sama seperti nilai dalam kupon, tapi still masih kami save banyak dengan pembelian kupon nie.. 

untuk Iman Hazim yang berumur 4 tahun ni.. kami tak perlu bayar untuk dinner dan sarapan, tapi hanya beli tiket untuk masuk ke taman air.. harganya RM20.

Jadi bagi yang berminat untuk membeli atau nak melihat-lihat pakej penjimatan yang lain.. boleh klik -->  disini

berikut adalah serba sedikit gambaran keseronokan kami ketika disana...

pemandangan dari bilik kami
bergambar di perkarangan hotel

kami check in pukul 12 tengah hari, dan nasib kami baik kali ini kami dapat masuk terus ke bilik.. (sebelum ini kami terpaksa menunggu pukul 3 untuk masuk, dan menunggu bilik di kemas sehingga pukul 5 petang) jadi terus kami ke taman air..  orang pun tak ramai memang enjoy betul... berejam juga kami berendam!



Kawasan air terbahagi kepada beberapa bahagian, untuk kawasan budak-budak, sangat cetek.

yang nie kawasan dalam.. budak-budak boleh la jugak berenang, tapi mesti ada pengawasan yea...




Iman Hazim dan geng gelongsornya...

untuk budak-budak memang mereka seronok sangat... sampai kan abang tak mahu tanggalkan gelang tu, katanya nak datang lagi... 

dan untuk mak & bapak budak pun sama jea seronoknya..

baiklah.. akan kami kongsikan lagi tempat-tempat yang menarik lagi..

selamat berjalan-jalan!