سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
we tot la.. lame dah tak share resepi yang mudah dan sedap kan... 

jadi kali ini seperti biasa kami berkongsi sesuatu yang amat senang untuk disediakan.. dan untuk pengetahuan semua, resepi ini juga disukai oleh kanak-kanak, iaitu pumpkin soup (sup labu). jadi boleh lah buat untuk menambah selera anak-anak makan...

pumpkin soup ini boleh di hirup begitu sahaja atau boleh juga di cicah dengan roti.. 

resepi ini diambil dari internet, tapi maaf kami tak ingat dari website atau blog mana.. sebab dah lama benar, makan tahun,  dan pada waktu itu kami hanya tulis tangan pada buku resepi... 

tentang cara penyediaan,  kami suka gunakan baby bun berbanding roti buku, memang meletup betul rasanya.. apatah lagi di sapu bun tu dengan butter dan bakar... 

memang boleh abis 12 ketul bun tu sekali ngadap sorang - sorang.. 




4 sudu besar butter
3 sudu tepung serbaguna
2 biji bawang besar
5 biji bawang putih
1/2 sudu teh serbuk ketumbar
500 gm pumpkin @ labu
2 cawan susu segar atau susu sejat
1 cawan heavy cream


kisar kesemua bawang putih beserta bawang besar dan kemudian kisar pula labu.. ketepikan...
cairkan butter dan masukkan tepung, kacau hingga sebati...
masukkan bawang kisar dan kacau selama 10 minit diatas dapur sehingga naik bau... 


selepas itu, tuangkan pula labu yang dikisar dan kacau...
akhir sekali masukkan serbuk ketumbar, susu beserta heavy cream ... tukar senduk kepada whisker iaitu pemukul telur... kacau hingga mendidih.. 
ini adalah untuk memastikan kesemua bahan sentiasa bercampur dan elakkan dari bahagian bawah itu berketul...

apabila sudah mendidih sepenuhnya, tutup api dan tambahkan gula dan garam secukup rasa.

selamat mencuba...

Jadi Rakan Kami