بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


we tot la...  we must share this.. mesti!

Ini adalah satu projek yang amat menarik dan menjimatkan untuk dibuat bersama anak-anak, modalnya dari kotak terpakai.. dan tambahkan sedikit kreativiti.. akan siap satu rumah mainan untuk mereka main selama berminggu-minggu, atau berbulan-bulan atau sehingga mereka bosan.. atau juga sehingga rumah itu lunyai... 

namun masa berkualiti yang kita habiskan bersama mereka beserta segala tunjur ajar dan sedikit praktikal yang kita buat bersama-sama dan beri mereka lakukan.. itu Priceless! 

sebabnya kami berkata begitu.. anak-anak kami sangat gembira semasa kami dalam proses membuatnya sampaikan tersengeh-sengeh sambil mulut tak habis-habis bercakap memberi idea.. maklumlah mereka pun team member juga, maka kami harus dengar...

Untuk membuatnya.. anda hanya perlu ada beberapa barangan asas seperti dibawah.. 
  • kotak terpakai
  • duct tape
  • Selotape
  • pisau
selebihnya terpulang pada kreativiti anda untuk menghias.. 



Idea ini datang selepas melihat Nurdini yang baru mendapat pen gambar Barbie, sangat suka menconteng.. habis dicontengnya buku-buku bergambar dan bila di beri kertas kosong, hanya sikit yang diconteng dan terus meminta yang baru.. dan supaya keseronokkan menconteng itu tidak beralih ke dinding rumah, terfikir kalaulah mereka ada rumah sendiri yang boleh diconteng.. maka ketika itulah kami mula mengorek bilik stor mencari stok kotak-kotak yang besar.. yang seronoknya kami jumpa dua!


Projek kami bermula dengan melekatkan kedua kotak itu menggunakan duct tape.. bahagian kosong menghala ke luar.. sebabnya nanti boleh dihias...


mula memotong bahagian yang ingin dijadikan tingkap.. boleh diukur dahulu atau terus potong.. kami memilih untuk mengukur dahulu... ini salah satu design tingkap yang dibuat oleh Papa Tot...


kemudian kami membuat pintu.. seperti biasa.. kami mengukur dahulu.. dan potong habis.. gunakan duct tape untuk melekatkanny.. dan Papa Tot tebuk empat tingkap kecil... 


tombol pintu ini adalah dari tayar mainan abang yang sudah rosak.. atau bahagian tombol pun boleh dilukis sahaja..


siap sudah bahagian memotong dan bahagian yang penting untuk rumah mereka ini... sekarang peringkat menghias...

pasang langsir dan tanam bunga di tingkap... 


kebanyakkan aktiviti menghias dilakukan oleh mereka.. seperti melekatkan kertas doily pada dinding rumah... part nie paling mereka seronok...


dan kami terjumpa kotak stokin untuk bayi... maka memandangkan corak pada kotak itu sangat comel, maka kotak itu dipotong dua dan itu kami jadikan awning tingkap...



awning untuk tingkap hanya dilekatkan menggunakan selotape sahaja... 



Doily yang dilekatkan dengan gam tadi kami tampalkan lagi dengan tape yang selalu digunakan untuk seal bekas biskut tu.. supaya lebih kukuh


dan kami jadikanya juga sebagai bingkai tingkap... nampak menarik sikit... waktu ini budak - budak dah tidur... jadi kami cuba habiskan menghias supaya mereka surprise pada keesokan harinya....

akhir sekali kami tambahkan lukisan pada dinding luar.. supaya esoknya boleh ada aktiviti mewarna pula... 


dan taraaa... rumah kecil untuk anak-anak kecil sudah tersergam...

mainlah puas - puas anak-anakku.. sampai rebah kotak ini pun no problem.. nanti kita bina lagi... dan kita akan seronok lagi... 


bolehlah dijadikan aktiviti bersama keluarga hujung minggu ini kan... mudah dan murah... dan yang paling penting.. mereka gembira!

bye!