بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Ini cara yang paling mudah dan amat senang nak buat lasagne.. dari lebihan kuah speghetti.. boleh disiap hidang dalam masa kurang setengah jam..
Idea ini datang bila ada lebihan kuah spaghetti, kan biasa tu kalau masak spaghetti, mesti kuahnyer tak habis.. dan kalau nak celur lagi mee spaghetti.. macam dah tak selera pulak.. jadi kami fikirkan satu lagi resepi yang boleh menggunakan lebihan kuah ini..
sebelum itu, kami kongsikan resepi Spaghetti Kambing kegemaran kami.. yang mana lebihan kuah akan dicampurkan pada resepi Lasagne ini nanti.
500 gram daging kambing
3 sudu besar minyak zaitun (Olive Oil)
1 biji bawang besar - didadukan
2 ulas bawang putih - dicincang halus
1 tin tomato puree atau Kimball traditional sauce mix.
1 pek spaghetti bolognese mix jenama Maggi.
1 tin cendawan butang. (kalau nak mudah beli yang siap di hiris halus)
1/2 teh gula
2 sudu teh Oregano.
Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau dan masukkan daging kambing sambil besarkan sedikit api, kacau sehingga daging cincang itu masak sekata dan kelihatan peroi. selalunya daging akan bertukar warna menjadi coklat gelap.
Kemudian masukkan pes tomato puree atau sos tradisional Kimball dan kacau sehingga campuran mendidih, masukkan pula cendawan butang dan kacau.
Bila sudah mendidih sekali lagi, masukkan Maggi Mix dan air sebanyak 1 cawan dan kacau sehingga mendidih semula.
Turunkan suhu dan biarkan selama 10 minit atau sehingga masak. Tutup api dan masukkan oregano dan gula secukup rasa. Gula ialah untuk mengurangkan rasa masam dari pes tomato. Kacau hingga sebati dan hidangkan.
Baiklah, untuk menyediakan Lasagne ini,
Lasagne kering
Feta Cheese
Mozzarella Cheese
untuk memudahkan beli kesemua cheese in yang sudah diparut.
selamat mencuba!

0 Comments