we tot la.. kalau nak berjalan di area Kuala Lumpur dan terasa nak bawa anak-anak ke tempat yang mana mereka boleh belajar dan menimba pengalaman hebat tentang hidupan laut.. boleh cuba bawa  mereka ke Aquaria KLCC.

Tempat ini dibuka seawal pukul 10.30 pagi hinggalah ke 8.00 malam setiap hari, termasuk juga pada hari cuti awam.


Masa yang diluangkan untuk melihat kesemua kawasan dalam ini mengambil masa dalam sejam setengah sahaja...

Tak lama kan, tapi cukup menarik dan memenatkan juga... 

Cadangan dari kami, datanglah awal, sebab waktu kami sampai tu dalam pukul 10.45 pun dah ramai sangat orang... dan pada waktu kami keluar tu... lagi ramai orang tengah berpusu beratur nak masuk...

Keadaan dalamnya tidak begitu luas untuk berjalan.. jadi, kalau kita ibu bapa yang membawa stroller lebih baik selamat kita datang waktu tak ramai orang... mudah pergerakan kita nanti.


Budak - budak nie dah tak sabar nak masuk.. sebab sebelum datang kami dah tunjukkan video-video tentang Aquaria nie... naikkan semangat mereka nak tengok Ikan!

Tempat ini berlokasi di Kuala Lumpur Convention Center KLCC, bersebelahan Kuala Lumpur City Center Twin Towers. 

Kalau naik LRT, boleh berhenti di Stesen KLCC dan jalan kaki terus melalui dalam bangunan terus ke Aquaria. Manakala kalau anda membawa kereta, boleh terus parking ke sebelah bangunan KLCC Convention Center ada tempat letak kereta terbuka (masuk melalui Jalan Kia Peng) disini yang harganya tak semahal parking di dalam bangunan KLCC Twin Towers.




Di pintu masuk nanti anda akan nampak papan tanda ini... Aquaria terletak di tingkat bawah... kalau yang membawa Stroller, boleh gunakan Lif. 



Ini harga tiket... pastikan bawa MyKad dan MyKid yea.... harganya sangat berbeza kalau tak bawa.


Pengembaraan dalam akuarium ini dimulakan dengan ikan Piranha... Ikan yang comel tapi brutal..


Selepas tu anda akan sampai disini... tempat dimana anda boleh pegang hidupan laut yang diletakkan dalam kolam nie, macam belangkas, ikan - ikan dan tapak sulaiman.


Waktu nie budak - budak akan seronok dengan pengalaman baru.....


Lepas tu kami terus berjalan dan sesi belajar bersama papa dimulakan....


Ini sesi menyelam ke dasar lautan bersama-sama mama... tengok kami tak basah pun...


Ikan nie menarik perhatian kami... LONGHORN COWFISH...  unik kan rupa die... 


dan ini yang sempat kami rakamkan..
 ikan nie suka memancutkan air macam ikan paus.. tapi waktu nie tak terakam pulak....


selain hidupan laut, hidupan terbang pun ada... banyak budak - budak boleh belajar nie...


mamanya fobia ular.. lepas ambil gambar terus larikk...


Pengembaraan diteruskan ke tingkat bawah...  tengok tu sekolam ikan besar...

Posing maut ayah dan anak....


waktu ini kami dah memasuki terowong lautan.... part nie best.. sebab kita akan lalu dibawah segala ikan-ikan nie.. dan boleh tengok mereka secara dekat... besar tak besar la ikan pari nie... tengok ikan dan saiz pengunjung...


Yang paling best ialah terowong nie.. terowong yang menggunakan walkerlator.. jadinya kurang penat, dan boleh tengok sekeliling secara perlahan-lahan.. waktu nie memang teruja sangat kami dengan pemandangan bawah laut nie... sangat cantik!



Ini spider crab...

yang terakhir anda akan sampai ke kawasan cenderamata.. boleh beli sebagai ole-ole... harga boleh tahan.. 



ambil gambar sebagai kenang-kenangan... nanti dah remaja baru kita datang lagi yea...


kesimpulannya lawatan kami nie memang best! 

nak masuk dalam laut bebetul memang tak dapatlah kan... lagi -lagi nak bawak anak-anak sekali.. jadi ini salah satu peluang dan cara yang mudah dan menyeronokkan.... kalau ada peluang memang disarankan pergi yea.... 

selamat berjalan - jalan!