we tot la, ini ialah entry yang agak terlambat, sebabnya tarikh birthday nurdini ialah pada 20.11.2013.. dah hampir sebulan barulah sempat kami nak share...

ini disebabkan urusan pergi bercuti, dan persiapan bisnes baru kami yang menyebabkan kami terlupa untuk berkongsi tentang ini..

apapun tetap kami ingin kongsikan serba sedikit kisah celebration birthday Nurdini... 

selalunya kami celebrate kami-kami sahaja.. cuma dengan mama, papa dan abang, 
kebetulan atuk datang kerumah hari tu, dan nak tidur disitu, selalunya atuk tak tidur rumah kami.. nak jugak balik tidur dirumah, tapi mungkin semata - mata nak celebrate dengan cucunya... beriya atuk tunggu sampai tengah malam... rezeki Nurdini la yea dapat celebrate dengan atuk kali ini.

Gambar dari dilahirkan sehinggalah sekarang...  budak manja nie!

Nurdini memang dah asyik mintak kek Barbie untuk harjadinya sejak dari beberapa bulan lepas... suka benar nampaknya.. 



walaupun ada ditanya kalau nak karekter selain Barbie untuk kek harijadinya.. macam Sofia The First, Tinkerbell dan apa lagi yang die tau, tetap nak Barbie.

maka mama dan papa pun bertungkus lumus mencari dan menyiapkan kek anak dara.

kek Nurdini ini ialah kek butter yang di letakkan sprinkles didalamnya.. ala funfetti cake.... gaul sekali didalam adunan kek sebelum dibakar.

resepi kek butter boleh gunakan yang ini dan resepi buttercream pula yang ini... 




selain adik, tak lupa juga kek untuk abang.. sebab waktu harijadinya kami cuma  beli kek di kedai sahaja.. kek biasa-biasa sahaja, bukan seperti karakter yang dimintanya.

maka kali ini papa tot buatkan kek yang mempunyai dekorasi 2d fondant Ben 10.. bukan main suka sekali abang... sampai kalau boleh agaknya nak tidur dengan kek!


kek abang ini adalah kek Carrot dengan Cream Cheese Buttercream. dan untuk keknya sendiri, abang dapat peluang untuk sapu aisingnya sendiri... maka bertambah-tambahlah excitednya dia...

ok jugak kan aising yang abang sapukan pada permukaan kek tu.


enjoy tengok gelagat budak-budak nie yang diambil kala menunggu waktu memotong kek, dan juga waktu sedang menikmati kek...