بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Kami sekeluarga pernah mengumpulkan sumbangan dari saudara-mara dan rakan - rakan bagi membuat pembelian baju-baju sejuk yang akan dihantarkan kesana.
Ini adalah misi pertama kami.. iaitu pada bulan September 2013 yang lepas...
Walaupun untuk misi pertama kami sudah menghantar baju sejuk, namun melihatkan penderitaan Pelarian Syira yang bertambah teruk akibat cuaca sejuk yang extreme, kami mengambil keputusan untuk membuat semula kutipan melalui rakan dan sanak saudara untuk shopping di Bundle bagi mendapatkan baju sejuk...
Yeay Shopping Time!
Proses shopping yang berjalan sangat lancar.. dan pekerja bundle pun sangat jujur.. mana yang kami pilih dan tak elok.. mereka yang akan check dan keluarkan.. dan selepas mendapat banyak diskaun yang membolehkan kami menambah kuantiti baju.. akhirnya kami pulang dalam lebih kurang 40 helai baju dan bakinya topi..
![]() |
Alhamdulillah dapat 2 guni.. |
Petang tu Dr Ardi datang kerumah kami untuk berbincang mengenai luggage.. sebab takut juga kalau tak lepas... apa-apapun kami dah book 2 slot...
Dalam itu beliau bercerita tentang misi-misi sebelumnya dan kisahnya sangat hebat.. beliau amat aktif dan tekad dalam membantu saudara Islam kita di Syria.. bayangkan bertugas sebagai doktor.. beliau membuat overtime tiap hujung minggu bagi mendapatkan cuti.. yang mana cuti itu akan digunakan bagi tujuan misi kemanusiaan untuk kesana bagi menyampaikan bantuan.. MasyaAllah.. hebat beliau ini..

Selesai mendengar kisah.. kami bergambar bersama bagi kenang-kenangan...
Doakan perjalanan mereka membantu saudara kita disana berakhir dengan kegembiraan.. semoga mereka selamat pulang dan berpeluang untuk kesana semula bagi membantu yang lain....
Disini juga kami ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Terima kasih yang tidak terhingga pada rakan dan sanak saudara yang banyak menyokong usaha kami dalam mengumpulkan dana bagi membantu saudara kita disana.
Bagi yang ingin menghulurkan bantuan saat akhir.. yang mana RM10 pun besar nilainya buat saudara kita di Kem Pelarian Syria.. bolehlah menghulurkan bantuan ke
Cimb 14400075470526, Amilah Abdul Mubin
Segala bantuan dan pertolongan anda semua kepada Rakyat Syria.. kami dahulukan dengan ucapan Terima Kasih, juga kami doakan semoga Allah menggandakan rezeki yang telah anda kongsikan dengan mereka ini. Insya Allah....
Update:
Dr. Ardi di temuramah TV Al Hijrah berkenaan misi ini.. mereka sudah pun berangkat ke Syria dan mohon kita disini mendoakan yang terbaik untuk mereka..
0 Comments