بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

We tot la ke Chukai, Kemaman bagi menyampaikan amanah dari rakan - rakan dan sanak saudara untuk keluarga Ustaz Nakhaie dan penduduk Taman Islam, Chukai yang terlibat dengan bencana banjir baru-baru ini... 

Hampir penuh muatan lori tajaan syarikat Opal Pack dengan barangan sumbangan orang ramai dan sebanyak 260 kampit beras 5 kilo berjaya di bawa kesana..



Siapakah Ustaz Nakhaie?

Ini adalah gambar yang mencetuskan misi ini, rakan saya Adilah menceritakan tentang kesusahan Ustaz Nakhaie melalui whatsapp.. waktu itu beliau sedang mengumpulkan derma dari rakan sekolah mereka untuk membantu Ustaz Nakhaie yang baru ditimpa dugaan besar.... Ustaz baru sahaja kehilangan isteri tercinta dan 5 orang anaknya ini baru sahaja kehilangan ibu akibat jangkitan kuman pada otak lebih kurang 2 minggu lalu.. dan juga disebabkan oleh banjir teruk yang melanda kawasan Chukai baru-baru ini, mereka kehilangan tempat tinggal dan kini terpaksa menumpang pada rumah ibu tiri arwah ibu mereka. 

Maka, kami mengambil keputusan untuk cuba membantu dengan mewar-warkan melalui Facebook dan Whatsapp kepada rakan terdekat tentang beliau. 


keadaan banjir yang melanda kawasan Chukai, Kemaman beberapa minggu lalu, gambar dari team kami Hazarul.



Tanpa disangka selepas diwar-warkan melalui Facebook dan Whatsapps, ramai yang mula share dalam masa 2 hari share sudah mencecah 600.. maka kami menerima pelbagai reaksi dan respon daripada orang ramai yang tampil untuk membantu dari segi sumbangan berbentuk wang mahupun barangan. 

Bagi sumbangan berbentuk wang, kami berikan terus no akaun Ustaz, manakala sumbangan berbentuk barangan pula kami bercadang untuk tolong kumpulkan dan serahkan kepada Adilah yang belajar sama dengan Ustaz Nakhaie itu.

Rezeki anak - anak Ustaz sebenarnya.. setiap hari semakin ramai yang datang memberi sumbangan, dan barangan sumbangan sudah menjadi semakin banyak....Alhamdulillah....... 

Dalam pada itu juga ada yang datang terus memberi sumbangan terus kepada Ustaz sekeluarga di Chukai.

Geng Motor besar datang memberi sumbangan kepada keluarga Ustaz.


BARANG SEMAKIN BANYAK

Dari tempat pengumpulan yang hanya bermula dari tempat kami iaitu Danau Kota, kami terpaksa meminta pertolongan beberapa rakan di Kajang Utama dan Klang iaitu Adilah dan Ella untuk turut membantu mengumpulkan sumbangan. Alhamdulillah,.... mereka sudi membantu sehinggakan kami menjadi satu team yang bekerjasama sehingga akhir misi ini.


Setiap malam tak kurang dari 5-6 orang akan datang menghantar sumbangan. 


Orang persaorangan dan syarikat ramai yang tampil membantu.. dari staff Amanahraya, KWSP Kajang dan banyak lagi datang menghantar beras, makanan dan kelengkapan asas bagi Ustaz dan mangsa banjir.

Kami berasa terharu dengan seorang rakan Facebook kami, Nurhidayah Ismail.. yang kami rasakan semangatnya kuat dalam membantu mengumpulkan barangan sumbangan ini.. beliau sanggup pergi sendiri ke rumah rakan-rakan bagi mengambil barangan sumbangan dan setelah penuh kereta beliau akan datang menghantarkan.. ini dilakukan berulang kali...

yang paling hebat ialah pada malam terakhir beliau datang menghantarkan barangan sumbangan.. anak beliau tengah demam! itu tak mematahkan semangat seorang ibu yang berjiwa penyayang untuk membantu orang lain yang dalam kesusahan.. kami tabik akan semangatnya!



Terima kasih abang yang turut membantu mama n papa 
menahan lif dan pintu rintangan api ketika menolak troli. 
Kami kemudian dikhabarkan oleh rakan Ustaz Nakhaie itu bahawa ada ramai lagi keluarga yang turut terjejas akibat banjir yang melanda iaitu hampir 4000 orang di daerah Chukai sahaja. Pada waktu itu, mereka menghadapi masalah kekurangan Beras, justeru itu dana kutipan bagi beras pula dilancarkan serta merta.

Sekarang pengumpulan barangan sudah bertambah banyak.. dan ramai rakan dan saudara kami mula menghulurkan sumbangan wang untuk membeli beras bagi keluarga lain yang turut terlibat dalam bencana banjir ini. 

Maka kami mula mencari lori... dan hasil google, kami dapati bahawa kos ke Kemaman adalah lebih kurang RM650 bagi lori satu tan dan rm850 bagi 3 tan.. namun waktu itu ada yang sudi meminjamkan lori, apappun duit minyak dan tol harus dibayar sendiri.. kami bersetuju.. 

Bagaimanapun, kita hanya merancang..

tanpa disangka - sangka lori itu tiba-tiba menarik diri di saat akhir.... terus terang kami katakan bahawa kami berasa sangat risau waktu itu.. ini disebabkan oleh barangan sudah banyak dikumpulkan dan bertambah setiap hari... amanah dari para penderma mesti sampai ke tempatnya...

Lalu kami sharekan di FB berkenaan masalah ini dan pemilik Opal Pack menghubungi kami dan menawarkan tajaan lori ke Chukai Kemaman tanpa sebarang kos!

Pejabat Opal Pack di Genting Klang
Allahuakhbar.. kami bersyukur sangat...... segala-galanya dipermudahkan oleh Allah.... dari rakan-rakan yang datang membantu.. dana beras datang bertalu-talu hinggakan masalah lori pun selesai begitu sahaja. Alhamdulillah...

Opal Pack

Kami ke pejabat mereka untuk berbincang tentang penghantaran ini.. dan waktu itu kami nampak banyak sangat lori.. Alhamdulillah.... perjalanan perniagaan mereka sangat baik.. dan rasanya tahu kenapa.... 

kami ditawarkan lori yang besar 3 tan.. namun kami kata semuanya bergantung pada barangan dan kami akan confirmkan semula.. buat masa itu kami hanya minta lori 1 tan sahaja. 

Ini bukan lori kami.. waktu tu kami hanya ambil gambar lori mana yang ada, yang lain keluar membuat penghantaran.

Chukai

Akhirnya genap seminggu kami kumpulkan segala sumbangan barangan dan dana beras.. maka kami pun bertolak ke Chukai Kemaman pada hari Sabtu 21.12.2013 dengan 260 kampit beras,dan pelbagai lagi sumbangan barangan, penuh satu lori.... syukur..

beras sedang dimasukkan kedalam lori..

terima kasih kepada staff Opal Pack dan mymydin kerana membantu dalam proses ini.. 
segalanya jadi cepat dan mudah..

Ini antara barangan sumbangan yang ingin diturunkan.
Disebabkan tenaga kerja pada hari itu agak limited.. maka kami buat cara kami untuk turunkan ke lori.. sementara Papa Tot sedang sibuk berurusan dengan Mymydin dan lori.. Mama Tot dan Iman Hazim turun memasukkan segala barangan ke dalam kereta..

Atuk dan Wan datang membantu menjaga si kecil.. jadi kereta atuk pun kami gunakan untuk mengisi barang.. penuh hingga ke bumbung..

Kemudian Papa Tot terus turunkan kereta-kereta secara berselang-selang ke bawah dan memuatkan barangan ke dalam lori.. dan kami ulangi beberapa trip sehingga habis.

Nak cepat punya pasal.. kami turunkan dua troli sekaligus...

Sikecil yang nak ikut sangat sampaikan terus tunggu nak ikut atas troli.. 
 ini trip terakhir.. kami sekeluarga turun semua sekali..

Add caption
Team Umizoomi!
sampai dibawah baru dapat lihat lorinya... terkejut juga kerana kami mendapat lori baru... komen papa tot, staff Opal Pack sangat sopan dan gigih membantu memasukkan barangan ke dalam lori...



Papa Tot memastikan kesemua barangan sudah dimasukkan dan kami memberi laluan untuk lori bertolak dahulu.. 


Setelah mengharungi perjalanan selama lebih kurang 4 jam.. kami sampai ke Perkampungan Taman Islam, Chukai Kemaman dan kami terus ke rumah Ustaz Nakhaie...

keadaan nampak sudah pulih namun masih ada kesan banjir...



terus team kami bergerak menurunkan barang sumbangan ke rumah Ustaz Nakhaie..


Staff Opal-Pack membantu menurunkan barangan...



Ini adalah kesemua 260 kampit beras x 5 kilo... 

Ustaz Nakhaie sedang mengalu-alukan kedatangan kami semua...



Anak Ustaz yang berumur 2 tahun sangat comel dan sibuk nak lihat gambarnya yang dirakamkan..


Sesi beramah mesra dengan si cilik yang comel-comel semuanya..


Inilah team kami!

Dari kiri Ella dan suaminya dan kanan Hazarul suami kepada Adilah..

kesemua mereka yang telah membantu mengumpulkan barangan di kawasan masing-masing bagi membantu memudahkan mereka yang ingin memberi sumbangan dikawasan Kelang dan Kajang.


Syukur Alhamdulillah.. kesemua barangan sumbangan telah sampai ke destinasi..


Hazarul sedang berkenal-kenalan dengan jiran tetangga Ustaz..

Makcik nie tinggal bersendirian.. hidup tanpa anak, keadaannya amat daif.. waktu berborak.. kami sempat melihat melalui pintu ke dalam rumahnya.. sedih.. dengan kesan banjir dibahagian dapur yang beliau tidak larat untuk bersihkan sendiri.. juga kelihatan perabot yang usang dan barangan dapur yang nampak lama...

ceritanya rumah itu dimasuki air setinggi kesan di dinding tu.. jadi waktu tu beliau lari ke rumah sebelah yang agak tinggi sedikit.. tumpang tinggal hingga air surut.. Ya Allah tak terbayang kesusahan beliau membersihkan rumah dan kerosakan yang beliau alami akibat banjir itu...

diharapkan sumbangan beras dan beberapa makanan keperluan mangsa banjir yang dibawa dapat meringankan bebannya..


hajat mama tot saat terpandangkan gambar keluarga Ustaz Nakhaie pertama kali ialah untuk mendukung anak bongsu beliau yang berumur 4 bulan itu akhirnya tercapai.. Alhamdulillah.. 

Anak inilah yang menggerakkan misi kami... tak terbayang akan bagaimana membesar tanpa seorang ibu disisi.. namun Allah yang lebih mengetahui segalanya.. doa kami semoga anak ini membesar menjadi anak yang solehah... Insya Allah..


Waktu kami sedang ingin pulang.. kami melihat ada seorang warga emas sedang memilih pakaian sumbangan orang ramai bagi mangsa banjir yang diletakkan di kawasan Surau Taman Islam.. sempat kami melambai kepadanya dan beliau kelihatan malu.. 

Kami bersyukur sangat kerana kami sampai ke sini.. sampai untuk menyampaikan amanah dan berpeluang melihat sendiri keadaan di sini.. 

Doa kami semoga mereka sabar dan kuat dalam menghadapi dugaan ini...