Wetotla tak sangka dah hari ke-3 yea.. pada hari ini kami bertolak dari Penang ke Bukit Merah Laketown Resort.. perjalanan hampir 2 jam, kami berhenti makan di R&R.. 

sejurus sampai kami terus merehatkan diri.. selesai solat, maka kami mula berjalan ke sekitarnya...

Kami tinggal di Suria Service Apartment Hotel.  Pakej yang diambil termasuk tempat tinggal selama 3 hari 2 malam, tiket ke Waterpark dan tiket ke Ecopark. Kawasan ini agak terpencil.. tapi jangan risau kalau nak cari makanan, ramai orang kampung disekitar meniaga di jalan masuk ke Bukit Merah Laketown Resort nie.. boleh keluar menikmati menu Tomyam atau apa sahaja kedai yang dibuka waktu tu.

Petang tu sempat kami ke pasar petang di kampung berdekatan, di sini pasarnya ditutup sebelum waktu maghrib. Jualannya seperti pasar malam, macam - macam ada.. tudung, putu mayam, bundle, buah-buahan dan macam-macam lagilah.. bezanya cuma ianya ditutup seawal sebelum azan maghrib... apepun, jangan lupa singgah ke sini kalau anda bercuti di Bukit Merah Laketown Resort ini. 

memandangkan makan malam dah termasuk dalam pakej kami jadi kami enjoy dinner buffet disini.. makanannya jauh sedap dari Flamingo Hotel By The Beach.. jadi kami puas sungguh makan.. 

Disini waktu malam ada pelbagai aktiviti yang menarik, macam ada mini panggung wayang, bilik permainan ping pong, bilik yang menempatkan arked video dan pelbagai lagi. Jadi waktu malam di sini agak seronok, lagi - lagi kami yang pergi dalam bilangan yang ramai nie.. 

ini sedikit gambar yang sempat diambil pada hari pertama sampai ke sana...

Suria Service Apartment



Aktiviti menarik



Hari ke-4 hari yang best.. 

kami dah bersiap dan sampai ke kawasan waterpark seawal pintu belum dibuka... dan kami antara orang pertama yang masuk.. teruja betul budak-budak nie... mana taknya.. mak bapaknya pun teruja... 

yang seronoknya memandangkan kami datang melalui pakej syarikat.. pihak Bukit Merah Waterpark dah siapkan kami satu Gazebo... memang best! terus letak barang dan terjun!

kami tak bawak kamera.. jadi ini gambar yang diambil oleh kamera-man disana.. setiap kali gambar diambil kita akan diberi tiket untuk redeem... waktu nak balik nanti boleh tengok gambar kita.. kalau nak beli yang hardcopy atau softcopy bergantung pada kita.. kami pilih yang softcopy... 

ada sedikit tip bila bergambar..... pastikan mereka ambil gambar kita sebanyak yang mungkin.. sebab bila beli softcopy tu die kire harga CD sahaja.. jadi tak kisah berapa banyak gambar di dalam tu... maka pastikan kalau anda nak beli CD mereka, tiap kali nampak kamera-man panggil jea untuk ambil gambar anda dan rakan-rakan.. sampai 50-60 snap pun hentam jea... baru berbaloi.. 


anak dara seronok main air sampai tertidur... 


kalau tanya komen kami tentang waterpark nie.. memang best!

dan kalau yang ambil pakej termasuk makan tengahari di hotel.. mereka akan bawa ke waterpark nie.. bagus sangat.. dari segi servis memang tip top.. highly recommended pada mereka yang ingin bercuti disini.. baik sendirian atau berkumpulan macam kami.

jadi nantikan sambungan kami ke Ecopark pula yea...

Sambungan : Pengembaraan Penang ~ Perak #4