wetotla mesti ramai yang ada anak-anak kecil suka tengok binatang kan... maka kami rekemen sangat Taman Haiwan Ecopark nie.. best!


Aktiviti hari terakhir kami disini ialah melihat haiwan menarik di Ecopark Bukit Merah Laketown Resort ini.,yang mana dah termasuk dalam pakej kami, dan bagi yang berminat untuk melawat boleh lihat website mereka dan tengok harga yang tawarkan.

Kami puas hati kerana tempatnya yang bersih, binatang - binatang tingal yang nampak sihat dan seperti cukup makan, kandang yang tidak terlalu kecil sehinggakan susah untuk binatang bergerak.. dan banyak lagi faktor yang menarik buat kami suka ke sini.

waktu sampai kami lepak dahulu di kawasan Enterance Bukit Merah Waterpark untuk tunggu rakan - rakan lain berkumpul... disitu ada banyak kedai-kedai menarik dan ini salah satunya.. 'tol' terbesar kami... bukan untuk anak-anak jea.. papa tot pun boleh tahan main game lumba kereta di arked nie...




selesai berkumpul, kami teruskan ke Ecopark dengan berjalan kaki.. agak jauh juga yea.. jadi pada yang ada stroller atau bawak babywearing.. sila guna.... sebab kesian pada anak-anak kecil untuk berjalan kaki sejauh itu..

sambil - sambil itu melayan pemandangan yang sungguh cantik disini...









kami melalui Kampung Air ketika ingin ke Ecopark... waktu ini Yang Dipertuan Agong datang melawat... dan boleh nampak salah satu buggy yang parking tu mempunyai hiasan kain kuning.



Kmi dah sampai ke Ecopark... berpeluh juga la... waktu nie menyesal tak pakai sport shoes... sure lagi tangkas berjalan dan tak sakit kaki...






Pengembaraan pun bermula...


Sebelum apa - apa kita bergambar dulu yea...


Ikan - ikan dibawah tu.. kalau beli makanan, boleh taburkan ke kolam tu...


kemudian jumpa monyet... 


walaupun nampak terkurung, tapi tempat mereka luas... dan nampak sihat jea monyet-monyet nie...


Subhanallah.. cantik sungguh Burung Merak ini...




Anak dara jadi budak baik kejap.. diam jea sepanjang perjalanan tu... sebab takut...




Landak... comel ja.. tapi kena hati-hati yea...


Hamster versi besar.... comel sangat!


Hedgehog..


pokok - pokok yang glemer macam sirih, halia, lengkuas dan macam-macam lagi... boleh tunjukkan pada anak-anak..


Arnab yang comel...


anak kambing yang  juga comel...


anak rusa nani... lari kembang ekor...


makanan yang dibeli boleh diberi pada binatang ini... patut la sihat - sihat belaka...


Beruang bergurau senda....
 Selepas itu kami berhenti kejap untuk melihat pertunjukan haiwan.... Burung Kakak Tua sebagai bintang utamanya...







nanti lihat aksi burung kakak tua yang cerdik nie.... terhibur kami dengan aksi comel mereka ini.. lagi - lagi waktu berlakon mati... comel sungguh!





 selesai pertunjukan, kami terus sambung melawat lagi dan waktu ini tak banyak gambar yang diambil... sebab dah terlalu panas... anak - anak pun dah tak selesa.... kami nak cepat keluar.... tapi sempat juga ambil gambar memerang nie....

comel jea.. seronok betul dieorang dapat makanan dari pengunjung....



maka kami teruskan perjalanan pulang.... terus pulang ke Kuala Lumpur...

tapi kami ada satu lagi persinggahan....



kami singgah ke Mee Mak Jah Kuala Sepetang.... sebenarnya kami dah selalu makan yang di Wangsa Maju tu, tapi nak juga cuba tempat asal... maka 10 biji kereta menuju  ke destinasi terakhir iaitu Kuala Sepetang...




Abang dah tertidur keletihan.. namun diangkut jua.... 
 yang ini menu mee udang special... harga bole tahan.. sama cam kat KL..



yang ini cucur udang & sotong celup tepung.. memang sedap.. dua nie baru RM10... series best!



maka berakhir sudah pengembaraan kami ke Penang ~ Perak selama hampir seminggu... penat jangan cakap tapi memang puas...

kami harapkan info yang diberi dapat membantu... dan kalau masih ada pertanyaan, sila tinggalkan komen untuk kami bantu apa yang mampu...