Wetotla memang suka sangat ke restoran nie.. bukan sebab ianya kepunyaan jiran kami (hehe) tapi sebab restoran yang diberi nama Jiran ini menyediakan hidangan western food yang memang superb.. dan lagi best.. menu mereka harga patut..    

dulu kami selalu ke Chop N Steak Kampung Baru kalau nak menikmati western food yang harga patut yang sedap...    sekarang nie kami ada pilihan yang dekat....          

Lokasi kedai nie di Wangsa Maju Seksyen 6.. kalau anda biasa dengan Pasaraya Hero Wangsa Maju.. anda pasti tau.. dan tempat ini juga boleh jadi landmark pada tak biasa dan ingin ke sana...


menu disini pelbagai..

yang menjadi tarikan ialah pizza mereka.. tempat membuat pizza itu diletakkan di hadapan kedai jadi kita boleh lihat dan bau pizza tu.. aduhh.. mesti nak order punya...

dan yang menu terbaik bagi kami ialah Chicken Chop mereka.. memang superb.. yang lain-lain baik juga.. tapi tak sesedap Chicken Chop disini.. dan lagi best.. ianya dihidangkan cepat.. ada sistem penyediaan di dapur mereka yang mungkin khusus untuk menu ini..



dan selain western food.. anda juga boleh order goreng - goreng.. yang nie pun sedap... bagus tukang masaknya nie..


ada juga cream soup... sesuai untuk si kecil...


staf mereka ramai.. jadi itu salah satu hidangan selalu cepat..

"selalu" maksud kami tu.. adalah lebih dari 10 kali kami ke sini, dan tiap-tiap kali mesti sampai cepat...


interior Restoran ini.. cantik..

jadi jemputlah datang yea... sekadar mempromosi sebab ini tempat kesukaan kami.. namun bergantung pada taste individu juga.. mungkin biasa-biasa sahaja pada anda..



Cafe Jiran - Western Food


Alamat: No 23 jalan 3/27D Seksyen 6 Wangsa Maju 54200 Kuala Lumpur, Malaysia
Waktu beroperasi : 6 petang hingga 12 malam setiap hari
Untuk tempahan sila hubungi : 013-369 9436
GPS : 3.197878, 101.754456