Kisahnya anak pertama kami Iman Hazim, beliau peminat nasi.. namun berlainan dengan yang kedua Nurdini Iman amat sukakan Spaghetti.

Jadi bila dimasak menu nasi dan lauk, hanya dua - tiga suap katanya dah kenyang.. kalau pun masak lauk kesukaan nya Masak Kurma pun hanya dapat la dalam tujuh - lapan suap.. susah benar sekarang dia nak makan.. 

Kebetulan bila kami pergi makan ke kedai atau restoran yang menghidangkan makanan barat.. kami akan order Spaghetti Carbonara untuk si kecil ini.. jadi dari situ kami sedar yang si kecil ini amat sukakan menu ini. Kadangkala hampir sepinggan Spagheti boleh dihabiskan olehnya seorang.

Jadi mama tot pun ambil inisiatif cuba belajar buat sendiri gaya kedai.. sebab resepi yang dicuba selalunya agak pekat.. yang itu dia tak suka.... dan ada sedikit pemerhatian bila makan di Restoran Toowoomba, sebab masakan disini yang ini paling disukai oleh mereka.. restoran ini pula mempunyai dinding kaca dibahagian dapur.. jadi boleh lihat cara penyediaan mereka.. dari situ cuba perhatikan cara memasak dan bahan digunakan.


Setelah dicuba berkali-kali, hanya yang ini disukai dia.. jadi mestilah dikongsikan betul tak..

Asalnya resepi ini ialah Spaghetti Carbonara.. tapi disebabkan ada beberapa bahan ditukar mengikut kesukaan anak-anak kami.. jadi kami panggil sahaja Spaghetti kuah putih sebab itu pun nama yang dipanggil oleh si kecil di rumah ini...






1/2 peket Spaghetti

10 ekor udang yang sudah dibuang kulitnya

2 sudu besar minyak zaitun / olive oil
4 biji bawang putih, di cincang halus
1 biji bawang besar dicincang kasar
1 cawan Parmesan Cheese
3 sudu besar mayonnaise 
2 sudu besar cream cheese 

jenama Almarai, boleh di beli di kedai yang menjual barangan dari Timur Tengah, 
memang sedap!



1 sudu besar oregano 
1 sudu kecil serbuk kayu manis
250ml susu segar
125ml air masak
1/2 kiub ikan bilis Knorr






Celur Spaghetti didalam air yang mengelegak selama 8-10 minit.. dan keluarkan... kita tak mahu terlalu lecur.

Kemudian, tumiskan bawang putih dan besar sehingga naik bau, juga masukkan oregano.

Sementara itu satukan susu, cream cheese, mayonaisse dan Parmesan Cheese kedalam bekas dan gunakan whisker untuk menyatukan semuanya.. 

Tuangkan bahan basah ke dalam bahan tumisan itu.. dan mula menggunakan whisker itu pukul sehingga semuanya menjadi pekat.. masukkan air masak.

Kacau sahaja dengan whisker sehingga menggelegak.. masukkan udang dan tukar kepada senduk.. 

Teruskan kacau sehingga masak. 


Kami sahaja buat kuah ini cair sebab sikecil suka menghirup.. kalau tak mahu cair, memadai menggunakan susu segar sahaja.. 

Kami pernah juga tambahkan Mozzarela Cheese diatasnya ketika masih panas.. jadi bila dikacau, kuah akan lebih pekat.. dari segi rasa pun akan lebih kaya dengan rasa Cheese.

semua terpulang pada kreativiti anda.. 

Udang tu juga boleh digantikan dengan hirisan daging yang sudah di goreng sebelum, atau mungkin sosej.


Selamat Mencuba!