Wetotla, mesti ramai yang minat Puding Karamel kan, dengan keenakan rasa lemak manis yang mempunyai rasa karamel tu.. memang sesuai sangat dinikmati sebagai dessert lagi - lagi puding tu baru keluar peti sejuk. Hmm sedapnyee..

Kalau nak tahu Puding Karamel nie ada dua versi.. satu tanpa telur dan satu dengan telur.. kalau tanya kami.. kedua-duanya sedap.. kadang - kadang terasa nak makan yang versi telur, maka kami buat yang jenis itu.. dan bila rasa nak makan tanpa telur, kami buat resepi ini..

Untuk anak - anak kami.. pudding ini memang kesukaan mereka.. sejak dari kecil mamanya selalu buat sebagai hidangan manisan untuk mereka..

cuma kali ini tang karamelnya.. mama tot cairkan sahaja Karamel Butter Toffee dari produk kami ChocoToT dan biarkannya mendidih sehingga menjadi gelap sedikit.. rasanya lebih enak dan lazat tau..

resepi ini di ambil dari blog Yummylicious! beberapa tahun dahulu dan tidak pernah mengecewakan. Anda boleh cuba berulang kali






Bahan A
5 biji Caramel Butter Toffee ChocoToT
3 sudu besar gula castor.
1/2 cawan air

Bahan B
1 bungkus agar-agar serbuk
4 cawan air
2 1/2 senduk gula


Bahan C - Campur Sebati kesemuanya.
1 tin susu cair(lebih kurang 400g)
2 sudu makan tepung kastard
1 sudu vanilla






Cairkan Butter Toffe Caramel ChocoToT diatas dapur sambil dicampurkan gula dan air, Kacau sehingga mendidih atau sehingga Butter Toffee bertukar warna gelap.

Dengan menggunakan periuk mmasuk dan didihkan bahan B sambil mengacau tanpa henti, kemudian kecilkan api kemudian masukkan bahan C. 

Kacau rata selama lebih kurang 2-3 minit atau sehingga adunan menjadi pekat. Matikan api, tuang adunan dalam acuan yang berisi gula hangus. Biarkan seketika didalam bekas hingga hilang panas dan menjadi suam.

Akhir sekali, masukkan kedalam peti sekurang-kurangnya sejam, dan hidang. 

Tips: sangat enak dinikmati ketika sejuk.

Jadi Rakan Kami