Resepi sihat khas untuk papa tot yang baru keluar Hospital waktu ini.. 

resepi ini di inspirasikan dari rancangan ala Jalan Jalan Cari Makan versi sebuah rancangan Canada EatST

Saja kongsikan di Instagram kami tempohari dengan catatan ringkas cara membuatnya.. 

Seronok pula bila ada sambutan dan mereka minta resepinya secara terperinci.. 

jadi saya cuba  kongsikan disini supaya lebih jelas cara membuatnya.






ikan dory yang di potong dua 

Bahan Perap
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap karamel
2 sudu besar mustard
1 sudu kecil minyak bijan
1/2 cawan kecil air asam jawa atau,
1 sudu teh pes asam jawa
1/2 sudu teh rosemary
1/2 sudu teh thyme
1/2 sudu teh serbuk lada hitam

Daun Salad
2 sudu besar Madu








Perapkan ikan dory selama sejam sekurang-kurangnya dengan sos perapan itu dan bakar pada suhu 180'c selama setengah jam.. kalau nampak agak lambat masak.. naikkan suhu ke 200'c dan masak lebih kurang 20 minit sahaja..

Untuk mengetahui samada masak atau tidak.. belah isinya dengan pisau dan anda akan nampak warna putih pekat bukannya jernih.

Hidangkan dengan daun salad yang digaul madu.

Selamat mencuba!







Jadi Rakan Kami