Wetotla nak kongsikan resepi yang super simple lah kali ini.. yang mana kalau kita terasa lapar sangat.. nak masak macam beria tapi penyediaan yang ringkas ala goreng telur.. inilah dia..

Resepi ini amat sesuai kalau kekurangan idea nak masak.. sebabnya kita cuma perlukan bahan-bahan yang ringkas dan hanya perlu goreng kesemuanya sekali serentak dan terus hidangkan.. mudah dan menarik kan?

Selalunya kami buat simple sahaja.. tapi kali ini terlebih rajin ada bahan tambahan. Jadi untuk bahan tambahan itu kami letakkan nota (terlebih rajin) yea...

Semestinya yang versi terlebih rajin lebih sedap.. tapi yang biasa pun sedap.. mana-manalah yea.. boleh cuba dua - dua terpulang pada kerajinan anda... (hehe)

Daging dipotong ketulan kecil nipis atau tebal sedikit (nipis lebih sedap)
3 sudu teh kunyit
2 sudu teh garam
2 sudu teh serai kisar (terlebih rajin)
2 sudu teh halia kisar (terlebih rajin)
1 labu bawang besar dihiris
1 biji cili hidup dipotong








Gaulkan daging dengan kesemua bahan serbuk dan kisar.

Panaskan minyak.. pastikan bebetul panas.


Masukkan kesemua bahan kecuali bawang dan cili.

Bila nampak daging sudah agak masak, masukkan bawang dan cili dan gorengkan sehingga bawang nampak lecur.

Hidangkan dengan Nasi Panas.. Fuh !

Selamat Mencuba,


Jadi Rakan Kami