Wetotla sememangnya suka mengambil gambar anak-anak.. malah kamera DSLR pertama kami dibeli pun kerana kami nak potretkan gambar kelahiran anak sulung kami. Maka, sejak membelinya, kami mula belajar dari pelbagai sumber, bermula dari rakan papa tot yang memang pandai dalam bidang fotografi.. hingga selebihnya mama tot belajar sendiri dari website, you tube dan blog-blog persendirian yang sangat banyak memberikan ilmu.

Jadinya.. dari minat yang tinggi terhadap fotografi ini, sedar tak sedar.. banyak juga gambar anak-anak sudah diambil oleh kami, dari kelahiran sehinggalah ke aktiviti melukis, menanam pokok, memasak dan banyak lagi...

Sudah tiba masanya kami berkongsi lagi kan.. 

sebabnya,

ada rakan yang bertanya bagaimana kami ambil gambar anak-anak.. 

ada yang sukakan gambar mereka tidak seperti berposing dipaksa.. 

ada sukakan ekspresi wajah anak - anak mereka, tapi tak dapat nak masukkan dalam gambar...

dan ada juga yang bertanya.. "tak susah ke nak ambil gambar budak.. kalau sayalah.. 3 saat sahaja saya boleh nampak anak saya senyum.. selebihnya dah tak layan.. lari sana sini"

pada kami.. 

Ya! memang susah kalau nak suruh mereka posing, atau suruh senyum dan tunggu sehinggalah kita mengambil gambarnya.. sebab mereka ini budak.. budak manalah boleh duduk diam sampai berminit-minit.. mereka aktif, tak minat nak berposing-posing macam orang tua.. mereka nak seronok.. gembira.. jadi... kita join kegembiraan mereka sambil mengambil gambar.. 


Berikut adalah beberapa tips yang boleh diambil kira untuk mengambil gambar anak-anak supaya nampak natural dan terserlah kegembiraannya..

Tip Pertama #1



Natural Light


Mengambil gambar anak-anak di kawasan luar rumah, atau pun macam saya di beranda yang ada sumber natural light adalah yang terbaik.. gambar lebih cantik, dan anak-anak lebih gembira dalam memberi espresi bila berada dikawasan itu. Cubalah ke taman permainan.. lihat bagaiman mudahnya anda mengambil gambar.




Tip Kedua #2 - Shutter Speed


Bersedia dengan kamera.. siapkan setting anda.. ISO dan Shutter Speed hendaklah terus di siapkan sebaik sahaja anak mula bermain.. jadi takdelah anda sibuk nak setting dan terlepas saat penting untuk dipotretkan atau, anak dah mula boring dan ekspresi mukanya dah tak gembira.. rugi tu!


Tip Ketiga #3 - Shutter Speed lagi


Anda pasti tau anak - anak takkan duduk diam, lagi - lagi di kawasan luar.. jadi setkan shutter speed yang cepat samada 1/125 atau lebih lagi.. dan ISO dari 640 hingga ke 1000 bergantung pada cahaya. Cuba untuk ambil gambar saat gembira dan saat aktif mereka sekali!



Tip Keempat #4 - Bokeh

Bila latarbelakangnya blur dan hanya anak-anak yang nampak terang, itu memang cantik dan itulah yang kita mahukan.. setkan aperture yang paling besar iaitu nombor yang paling kecil.. anda akan dapat hasil yang anda mahukan.

Tip Kelima #5 - Ambil Gambar


Mula menambil gambar.. ambil sebanyak mana anda mahukan.. perlahan-lahan anda akan faham sendiri setting mana yang sesuai digunakan dan juga keseronokan dalam melihat anak anda bergembira. jangan paksa mereka.. ikut mereka.. itu sahaja.. dan anda pasti akan dapat hasilnya.