Kami dalam proses mengasingkan resepi dari TotBakeDesign ke Wetotla. Ini bagi memudahkan pencarian iaitu blog Totcupcakes dikhususkan hanya untuk resepi dan tips bagi kek, cupcakes dan segala jenis manisan, manakala Wetotla akan menghidangkan resepi lauk pauk dan resepi selain manisan.
Repost dari Tot Bake Design


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Resepi ini mama tot dapat dari adik lelaki yang menjemput kami makan malam dirumahnya dan beliau sendiri yang menyediakannya..

Bezanya salad ini dengan yang lain.. salad ini ade roti dalam resepinya...

Waktu 1st time rasa, adik masak spaghetti dan beliau serve sekali ngan salad nie.. waktu tu kakaknya ini pelik nape ade roti bakar dalam tu.. katanya penah makan skali kat restoran, dan langsung dia tiru.. dan yang bestnye, memang sedap betul.. 

Rupenye saya dapat tahu kemudian letak roti tu untuk serap moisture dalam salad nie.. jadi takde la basah lenjun rupenye nanti.. oh baru tau.. (hehe)

Jadi, baru-baru nie waktu buat spaghetti kamben (our favourite tuuu) ada buat skali salad version adik nie.. 

cume time tu kat rumah ade leftover Croissant so saya guna apa yang ada sahaja...


kalo adik saya punya, version beliau guna roti Gardenia tu.. di potong kecik - kecik dan digaulkan didalam salad.

Daun Salad
Buah Tomato
Lada Benggala / Capsicum 
Roti Gardenia atau Croissant (dibakar atas dapur atau dalam toaster sampai keras)

dan sosnya pula..
mayonis
mustard
sos tomato
atau lebih mudah, beli terus Thousand Island sauce.. terpulang pada anda...

Seperti biasa penyediaan daun salad, celup dan kocakkan dengan air panas suam dan toskan.. 

kemudian samada dipotong kecil atau besar ikut selera memasing... 

lepastu potong dadu buah tomato dan lada benggala.. 


kemudian, letakkan mayonis...


lepas itu, mustard..


dan yang terakhir, sos tomato.. 


dan selepas itu kacau kesemuanya hingga sebati.. (namun kalo anda nak kacau sos tu asing dulu pun boleh..)


selesai mencampurkan semua dan salad nampak sebati dengan sosnya, croissant yang telah dibakar atas dapur sampai tadi tu dipotong dadu..

dan tambahkan kedalam salad dan gaulkan lagi hingga sebati.. 

ingat yea.. dah gaul rata salad baru masukkan roti nie.. sebab tak mahu nanti meresap sos atau air dari salad tu.. lembik balik tak sedap lak.. 


kemudian bolehlah dihidangkan.. 

salad nie, makan dengan ape-ape jua western or italian food pun sedap tau...

selamat mencuba!