Wetotla jadikan organizer plastik IKEA sebagai tempat simpanan mainan budak - budak nie selepas terlihat di dalam Pinterest berkenaan idea nie..  kebetulan kami pun memang ada transparent plastic pocket dalam simpanan.. 

kalau tak silap ini design lama.. waktu beli pun rasanya dalam 10 tahun yang lepas.. tapi rasanya masih ada lagi seperti ini di Ikea, cuma mungkin lain sedikit.. 
Tujuannya nak masukkan mainan kecil - kecil yang ada didalam tempat simpanan mainan tu.. sebabnya kadang - kadang semata nak keluarkan yang kecil tu, habis dikeluarkan semua dan bertaburan diatas lantai.. 

jadi.. kalau setakat dieorang nie nak main lego, askar.. atau apa sahaja yang comel-comel.. lebih mudah sebab diselitkan sahaja disitu.. anytime nak main nampak dah.. 


Selain berkongsi apa yang kami dah buat, nak juga share apa yang sangat menarik kami jumpa di Pinterest, mungkin boleh memberi idea juga kepada anda.. 

1. Lego yang di susun mengikut warna.. (fuh!)


dari i heart organizing

2. Tempat duduk yang juga jadi tempat simpanan mainan.


dari how joyful

3. Kotak yang dibuat dari kain, digantungkan pada batang penyidai tuala.. (menarik nie...)


dari themotherhuddle

4. Penggantung pokok jadi tempat simpanan anak patung yang ringan.

dari diyinspired

5. Beg lutsinar untuk simpanan barangan yang kecil dan comel... 

yang ini pun kami selalu buat.. kadang bila membeli dapat percuma beg yang lutsinar.. kami jadikan simpanan barangan kecil supaya mudah nampak dan tersimpan setempat.

dari makeit loveit