Wetotla berpeluang ke Zoo Melaka sewaktu pulang ke kampung baru - baru ini. Kebetulan Papa Tot ada cuti yang mesti dihabiskan sebelum akhir tahun ini, maka kami ambil keputusan untuk bawa budak - budak nie melawat Nek Wan dan Atuk sambil berjalan - jalan di Melaka. Kali terakhir kami kesana pada waktu cuti, jadi agak leceh nak ke tempat - tempat tarikan pelancong sebab orang terlalu ramai. Jadi bila pergi bukan waktu cuti sekolah, lebih senang dan seronok sebab orang tak ramai, yelah tahun ini sahaja kami dapat merasa.. tahun depan budak - budak nie dah sekolah. 
Kami pilih pergi ke Zoo sebab anak dara kami ini amat sukakan haiwan. Semua jenis haiwan die suka... cuma kali ini sibuk katanya nak tengok Harimau. Sepanjang perjalanan dari KL ke Melaka tak habis - habis bertanya "kita dah sampai ke nak tengok Tiger" sampai abangnya pun dah naik rimas dan tolong jawabkan.. (hehe)

Kami sampai pada waktu malam, jadi pada keesokan harinya tepat 8.30 pagi kami dah standby depan rumah nak ke Zoo dah.. Nurdini dah excited betul.. sampai nak pakai baju Ninja Turtle (semua penyu dipanggilnya Ninja Turtle) sebab nak dapatkan feel tengok haiwan tu.




A photo posted by Ellinnur Bakarudin (@wetotla) on
Kami bertolak dari Alor Gajah ke Zoo Melaka tak sampai setengah jam kami dah sampai. dan waktu kami sampai tu nampak ramai juga di perkarangan kaunter tiket. Ramai kanak-kanak tadika yang datang membuat lawatan dan juga pelancong dari China.

Mama Tot tak pernah lagi sampai ke sini, dan bila pernah ke Zoo Negara dan seperti yang kita tau, ianya tidak begitu besar dan agak sempit, tak terbayangkan pula yang Zoo Melaka ini besar tempatnya!, saiz keluasan adalah lebih kurang 1 kali ganda dari Zoo Negara. Ini pendapat kami..

Harga Tiket Zoo Melaka agak murah dan berbaloi sangat, hanya RM15 untuk dewasa dan RM6 untuk kanak - kanak. 

Waktu dibuka untuk lawatan ialah dari pukul 9 pagi hingga ke 6 petang.

Sekarang Zoo Melaka juga ada Night Safari tau.. dan waktu untuk lawatan ialah dari 8 - 11 malam. Tapi hanya pada hari Jumaat, Sabtu dan cuti umum dan cuti sekolah.

Tiket hanya dibeli sekali sahaja.. jadi kalau kita nak datang semula malamnya untuk ke Night Safari, masih boleh digunakan. Amat berbaloi kan?



Jom enjoy tengok gambar - gambar disini.

Tikus sebesar kucing... huh!

Mintak posing dekat sini.. wahh kemain anak dara posing..


A photo posted by Ellinnur Bakarudin (@wetotla) on



Burung



Anak dara yang sungguh berani pegang ular.. mama n abang dah lari jauh - jauh dah.. (huhuhuhu)


Tengok kawasan badak sumbu ni.. puashati betul tengok keluasannya..  barulah haiwan tak rasa terkurung sangat kan..



Tapi kawasan tapir nie agak menyedihkan.. tak bersapu, kemas, dan dibadan tapir ada luka-luka yang tidak dirawat.. badan penuh dengan lalat..

berasa sedih betul kami disini.. sempat ajarkan anak-anak supaya tidak boleh kita biarkan haiwan yang sakit tidak dirawat. kita kene bantu sehabis boleh..


Berbeza dengan kawasan zirafah dah agak terjaga lah sedikit.. yang seronoknya disini, kita terasa macam dekat jea dengan haiwan... nampak secara detail dan ini bagi peluang anak - anak tengok secara dekat dan belajar melihat rupabentuk, corak pada kulit dan perilaku haiwan.


sampai sini sahaja, macam - macam soalan dah ditanya.. puas la Papa Tot menjawabnya.. takpe.. mereka nak belajar.. mereka nak tahu..



Tengoklah betapa banyaknya haiwan yang ada.. dah beranak - pinak semua..

seronok betul tengok..


Dekat betul rasanya kan.. tapi jangan risau..




Saat yang ditunggu - tunggu oleh budak - budak nie.. nak tengok harimau. 

Dalam kandang nie ada Harimau Bintang dan Puma.


Yang seronoknya disini ada bilik bertingkap kaca yang disediakan untuk kita melihat haiwan secara dekat.. dekat betul tau.. 


Tengok tu dengan gaya malasnya.. sampaikan tangan tergantung camtu.. yang seekor lagi aktif berjalan kesana kemari.. tapi tak dapat nak tangkap gambar... 


Waktu nie kami melintasi kawasan yang menempatkan monyet kalau tak silap. (lupe.. haha)









Waktu nie abang dan berbintat - bintat dah kena gigit nyamuk.

Nurdini pulak jangan cakap betapa seronoknya.. setiap haiwan pasti die tengok dengan Papa ToT.. sampaikan Mama Tot pun surrender keletihan.

Kami berehat kejap layan aiskrim.


Ada lagi banyak sebenarnya haiwan yang tak diambil gambarnya.. tapi anda boleh tengok video yang mana tiada dalam gambar.. kami melawat hampir 3 jam dan waktu keluar nie dah keletihan betul. 




Waktu nak keluar ada lagi tempat menjual barangan cenderahati dan pelbagai makanan dan minuman. Kalau boleh belilah.. kita support supaya mereka dapat lebih wang untuk digunakan bagi menjaga haiwan - haiwan disini dengan lebih baik lagi. 




Sejujurnya kami memang seronok datang ke sini.


Zoo Melaka memang best! Cuma ada beberapa perkara yang sebaiknya di ambil berat oleh pihak mereka seperti kebersihan kawasan dan keadaan haiwan yang perlu penjagaan.

Sebabnya sesetengah haiwan seperti Harimau, Buaya, Zirafah, Gajah amat terjaga rapi kandang dan keadaannya.. berbeza dengan sesetengah haiwan lain.

Mungkin juga mereka perlukan dana. Jadi jom support dengan datang ke Zoo Melaka dan juga beli sedikit cenderahati di situ.

Semoga lawatan kami yang akan datang kita dapat tengok semua haiwan gembira!