Kami telah ke Bandung pada 17 hingga 20 Januari 2011, percutian selama 4 hari yang sangat menyeronokkan!


Memandangkan kami banyak dapat info dari blog - blog mereka yang mereka yang telah ke sana, maka kami pun nak share juga.. manelah tahu boleh membantu kepada sesiapa yang ingin kesana nanti..

Serba sedikit info tentang Bandung: 

Bandung terkenal sebagai Kota Shopping di Indonesia. Malahan, orang dari Jakarta pun akan turun Bandung kalau nak bershopping. 

Bandung juga terkenal dengan kepelbagaian jenis makanan.. selain untuk shopping, pada hujung minggu orang dari Jakarta akan turun juga ke Bandung untuk makan kat situ.. ini sebab sebab eating spot di Bandung banyak yang best!. Kata Supir kami, kebanyakkan menu makanan yang di Bandung jarang ada di Jakarta.

Kawah Gunung Berapi di Tangkuban Perahu



Di Bandung ade sebuah Gunung Berapi yang masih aktif dinamakan Gunung Tangkuban Perahu. Ianya terletak di Utara Bandung, gunung berapi ini terkenal dengan kisah Sangkuriang... nak tau kisahnya?


boleh baca di blog ini. 

antara tempat yang HARUS dilawati ketika berada di Bandung ialah

  • kawasan Factory Outlet, 
  • Gunung Tangkuban Perahu, 
  • Toko Tiga tempat menjual jeans Levis yang original dan murah, 
  • Rumah Mode, 
  • dan Saung Angklung Udjo. 
kalau nak tempat yang senang nak makan..

boleh sahaja cuba gerai - gerai di tepi jalan tu..


kerana di Bandung populasinya 98% penduduk adalah orang Islam, jadi agak senang nak dapat makanan halal tu.

Airport Bandung


Kalau ingin ke Bandung dari Malaysia, anda boleh naik Air Asia atau MAS, ada direct flight ke Airport Bandung.. sebelum ini, kena turun di Jakarta dan ambil pengangkutan ke Bandung.

Waktu sampai, terkejut jugak kami kerana Airport Bandung agak kecil. Dan ada 2 kaunter sahaja iaitu imigresen dan satu lagi scan machine. Punyalah panjang beratur. Nasib kami baik juga kerana penerbangan malam tu tak penuh tempat duduknya, jadi waktu menunggu itu lama..kalau tidak jenuh juga...



Bagi yang pertama kali ke sana (macam kami), boleh guna khidmat 'supir' (pemandu pelancong) dengan bayaran semurah rm133 sehari, mereka akan bawa kita berjalan selama 12 jam campur free lagi 1jam dengan kenderaan mereka, maknanya bayaran kita itu siap sekali dengan kereta sewa. Supir akan memudahkan kita untuk pergi shopping, ke tempat - tempat pelancongan dan tempat makanan yang best menarik... sebab dengan khidmat mereka, semuanya akan jadi cepat.. mereka tahu selok belok di Bandung dan servis mereka yang sangat profesional akan buat anda rasa sangat selesa.

Highly recommended menggunakan khidmat Supir, terutamanya bila ada budak kecil travel sekali, sebabnya memang selesa bila ingin kemana-mana, macam kami yang hanya travel 3 orang dewasa dan seorang budak, kami dapat kenderaan luas seperti Innova.. memang best!

Nombor Supir kami ada tertera di bawah sekali yea.. cubalah hubungi untuk dapatkan harga terkini.... Sebenarnya kami yang dah survey dekat 10 orang khidmat Supir, dan harga mereka ini yang paling murah.. 

Syukur Alhamdulillah jumpe khidmat Supir yang reasonable.. layanan pun tip top.. Supir kami nama nya - Ndang.. sejurus kami menjejakkan kaki di Bandung, semuanya tak beri kami buat sendiri, dari mengangkat barang.. lipat stroller.. semuanya beliau nak buat. Kami sangat sukakan servisnya!

Juga beliau ada kasi tips tentang apa yang patut dielakkan dan juga apa yang patut dibuat, 

contohnya,

Apabila sampai ke Tangkuban Perahu, katanya jangan beli apa-apa disitu, sebab harga akan dinaikkan hingga menjadi terlalu mahal.. jadi bila peniaga disitu bertanya, hanya katakan 'sudah' kalau ditanya sudah beberapa hari di Bandung jawab sahaja 'hari terakhir' jadi mereka akan ingat duit kita dah kehabisan, sebabnya sudah last day.. bukan ape peniaga di area tu sangat-sangat ramai berkeliaran mencari pelanggan, dekat 50 orang dan semua akan kerumun dan bertanye kite.. so kalau beri jawapan selamat macam tu senang ler kite nak berjalan-jalan... kurang di kacau..

Tapi walaupun diajar begitu, waktu di Tangkuban Perahu, kami tak cakap apa-apa pun.. semua Ndang yang 'settlekan'.. kami dapat jugak berjalan-jalan di area situ..




Info tentang Khidmat Supir:


Email : setiawantransport@gmail.com
Tel : +628122140190 (Iwan, bandung indonesia) @ tel : 0173029722 (bella, cheras, selangor) facebook iwan : setiawantrans@gmail.com Jenis Pengangkutan, sewa kereta AVP Suzuki @ Innova boleh masuk 6 -7 org
Caj termasuk supir/minyak/paking untuk sehari (13 jam) = Rp. 400 ribu (harga pada tahun 2014 sekarang mungkin meningkat sedikit)

Tempat untuk bershopping:

Pasar Baru


Pasar ini lebih kurang macam pasar Siti Khadijah di Kelantan.. disini, harga barangan sangat murah.. tapi pastikan anda cuba tawar menawar bagi mendapatkan barangan pada harga sangat murah tu. Waktu kami ke situ, kebetulan baru sahaja habis musim cuti sekolah di Malaysia.. maknanya ramai orang kita dah datang shopping sebelum tu, jadi tak dapat tawar banyak..

Tips dari Supir: ape sahaja harga yang peniaga offer, tawar 50%, kalo dapat pada diskaun 40%, memang betul la.. terus deal tau.. yang sedihnya waktu kami pergi tu, hanya dapat tawar dlm 20 - 30% jea.. maybe bahang cuti sekolah masih ada..

FO - Factory Outlet



Kami ke FO dengan berjalan kaki sahaja tempat penginapan kami sangat dekat dengan kawasan FO ini... kami bershopping di Cascade, Heritage, Secret, Oasis, Sahara, For Men, Branded Club, Unusual, Terminal Tas,dan Ian's report.. itu pun ada yang kami tak masuk sebab dah sakit kaki berjalan.. disebabkan kami dah masuk hampir semua kedai... rasanya dah tau mane murah betul dan mana yang tidak, yang paling murah pada kami ialah Cascade.. sampaikan malam tu kami datang balik ke sana dan repeat bershopping.. contoh barangan yang kami kata murah tu.. macam T-Shirt yang dijual disini RM39.90, kami dapat pada harga RM11.90.. tak ke murah tu.. mau tak repeat..



FO yang lain pada kami agak mahal ler.. lebih kurang harga sini... namun ikut budget anda.. kalo rase nak borong, mesti di Cascade.. namun kalau nak pakai sendiri dah tak kisah sangat perbezaan harga.. FO yang lain semua cantik-cantik barangannya...

Toko Tiga

Ini ialah tempat menjual Jeans yang original dan pada harga yang sangat murah... tapi, disebabkan saiz kami dah bertambah 'comel dan sihat'.. maka tak dapat nak beli jeans yang dihajati dengan harga murah.. saiz kami takde pulak tu.. ciss..

Aduhai, teringat satu Jeans Levis wanita berharga Rp.150k iaitu bersamaan RM50 sahaja.. cutting menarik sangat.. apakan daya.. apepun kedai ini ada display certificate untuk menunjukkan keasilan barangan di kedai mereka itu..

Lihat sambungan Percutian ke Bandung, Indonesia. #2