Hari Kedua... (sambungan #6)


Karamba Sudanese Bistro

Dari Saung Angklung Udjo kami terus ke tempat makan.. Ndang supir mencadangkan untuk kami mencuba makanan sunda, iaitu di Karamba Sudanese Bistro. Kami Ok sahaja.. Waktu ini lapar betul kami, sebabnya boleh tahan juga trafik jem dari Saung Angklung Udjo tu, dengan kebetulan waktu orang balik kerja dan sekolah... nasib baik Ndang sangat cekap.. dan biasalah melalui jalan-jalan kecil melalui kampung dan perumahan, kami sampai agak awal dari yang dijangkakan.. 

Waktu sampai ke restoran, kami dok fikir nak makan apa.. nak makan apa.. macam-macam rupa makanan muncul dikepala kami... kami nak cuba sesuatu yang unik dan baru.. barulah rasanya ke tempat orang.. betul tak..



Karamba nie menghidangkan makanan Sunda.. menu makanan Sunda ini selalunyer kering dan tak berkuah pekat.. kalau ada pun rebus-rebus sahaja.... sebab tu la katanya orang Sunda nie badannya cantik - cantik,


Waktu kami sampai, restoran macam baru dibuka, dan masih kosong.. kami yang terawal.

Sampai sahaja, sebaik duduk, datang terus pelayan restoran membawa baby chair.. memang bagus betul servis mereka.. sangat peka!


Kami diberikan menu yang sangat unik.. sekeping perspex yang di tampalkan menu dibelakangnya.. dan lebih seronok, anak kami, Iman Hazim pun dapat satu......terus terdiam si kecik nie.. sibuk dan tengok menu..




Sedang kami meneliti menu.. yang sebenarnya tak reti nak order ape.. datang seorang budak meletakkan sepiring makanan atas meja kami, makanan yang di letakkan atas meja kami nie mcm 'tauhu' yg org makan dgn mee kari tu.. tapi tauhunya diletakkan sekali kuah..

Kami beritahu yang kami ada tak order makanan nih...katanya kalau nak makan baru bayar, kalo lihat sahaja FREE.... huhuhu... 

Oooooooo same caranyer kat kebanyakkan kedai kat KL. Kitorang tanyer kat budak tue , ape namanyer mende nih?...

TAHU GEJROT, katanya.... sekali dengar macam sebut Tahu Jenglot...hahahah tergamam gak... 

dipendekkan cerita, selepas dicuba.. Tahu Gejrot nie mmg sedap giler..... sampai dua piring kiteorang bedal!






Selepas itu kami pun order la menu dengan bertanyakan pada pelayan dan sambil agak-agak sedap kot....

Sementara menunggu makanan, si Iman Hazim dah dapat ramai kakak angkat instant.. sampaikan bila makanan sampai, dah tak mahu makan dah.. amboi!



Masa untuk menikmati juadah!




Inilah semua menu yang kami pesan, yang macam telur dadar tu ialah tempe celup tepung.. kemudian ada sayur kangkung masak belacan versi Bandung.. yang mana tak akan rasa macam masakan Thai langsung yang selalu kita rasa tu,


dan kedua akhir sekali ialah Gurame Bakar iaitu ikan talapia dan sup buntut iaitu sup ekor....


sup buntut iaitu sup ekor...


Habis licin sumer makanan yang kami order..... Alhamdulillah!

Selesai makan, kami pun pulang ke Flores Gallery Hotel.. isk waktu nie memang rasa tak sabar nak landing atas katil.. merehatkan badan untuk hari esok pulak.. 

Lihat sambungan Percutian ke Bandung, Indonesia. #8