Hari Ketiga... (sambungan #8)

Membeli - belah di Factory Outlet (FO)


Selesai lunch, kami solat dahulu dan juga siapkan anak bujang dulu supaya lebih mudah untuk mak nak tolong jagakan nanti.

Apabila sudah selesai dengan segala urusan dan bila mata Iman Hazim pun dah nampak kuyu sahaja.. (eloklah.. tidur dan harapnya tak berapa menyusahkan Uwan sangat nanti) maka kami pun keluar dengan agenda ingin meredah FO satu persatu.. 

Tinggi sungguh cita-cita kami...

Kami bermula dengan FO yang paling famous diperkatakan oleh rakan-rakan yang sudah ke sana iaitu Secret.

Patutlah ramai yang suka.. kebanyakkan jenama disini banyak yang dijual di Malaysia.. berbanding di Cascade dan Heritage tadi.. tapi pada kami tak berapa nak murah harganya.. lebih kurang harga bila beli di Malaysia pada harga sale.. jadi kami tak beli apa pun disini.. 

Jalan - jalan sahaja..


Kami perasan yang kebanyakkan FO disini, mesti ade taman di bahagian tengahnya.. sangat cantik kan.





Kata Papa Tot, kalau dapat rumah konsep camnie bestnye...


kalau nakkan ketenangan.. lepak sahaja dalam taman bahagian tengah rumah..


tak bising dengar bunyi kereta, ada privacy dan layanzz.. (hehe) 

Dalam melawat satu demi satu FO, kami bertembung pula dengan sebuah Butik yang berada dalam Bas..

sangat kreatif kan.. 

Bandung cuacanya nyaman, jadi walaupun tiada aircond dihidupkan dalam bas tu, tetap tak panas.. kalau Malaysia.. mungkin kawasan Cameron Highland boleh guna konsep ini.



Kami berjalan, dan terus berjalan.. dan berhenti untuk menikmati aiskrim Durian.. amboi sedapnye tau!

Pastikan anda cuba bila datang ke sini.


Siap letak susu manis Cap Carnation sebagai topping.. dan yang menariknya dengan tambahan susu pekat manis tu, langsung tak menjadikan aiskrim ini manis melampau.. 

sedap2 jea tau!


Maka selesai menikmati aiskrim, sambung berjalan..

yang kami perasan, hampir kesemua butik - butik disini ada konsep dan sangat unik design mereka. kreatif dalam menarik pelanggan.




tengoklah façade die.. perggh.. cantik kan?



Sempat kami masuk ke dalam Terminal Tas..



ini umpama syurga dunia... kerana di dalam butik ini sahaja, ada la dekat 10,000 jenis beg dan kasut pelbagai jenama dijual..

serius tak terpilih beb!

malangnya kami tak dibenarkan ambil gambar kat dalam tu.. huh.. jadi anda datanglah nanti dan tengok sendiri...

dan selepas itu kami sambung berjalan-jalan lagi.. sambil melayankan kekaguman melihat architecture design bagunan lama yang dijadikan butik - butik..

menarikkan butik nie.. gunakan buluh, dari jauh nampak macam gunakan tatami mat jea untuk cover dinding.. (hehe)

kami sukaa!



Kemudian kami sampai ke Butik khas menjual baju lelaki..


Butik-butik lain sebelum ini bercampur lelaki dan perempuan, tapi lebih kepada produk untuk perempuan dan budak - budak.

Jadi kali inilah peluang Papa Tot nak bershopping sakan sikitlah...

Sini harga tak mahal sangat.. okla masih murah bila boleh dapat kemeja baru dalam RM15.. macam harga bundle dah.. (hoho)



Maka kami teruskan lagi sehinggalah ke FO terakhir kami masuk.. sebenarnya ada lagi beberapa butik lagi.. 

tapi waktu nie kami dah benar-benar tak larat dah.. dan mengenangkan anak bujang takut dah bangun tidur dan mengganggu Uwannya pulak nanti.. 

Apapun, Alhamdulillah, kami puas hati sebab dapat bershopping barangan yang murah dan berpeluang berjalan - jalan di sini. 

Walaupun takdelah banyak sangat kami beli.. tapi pengalaman ke sini.. memang best!


Lihat sambungan Percutian ke Bandung, Indonesia. #10