Hari Kedua...

Budak yang tidur lambat semalam.. dah tak boleh bangun awal.. 



Subuh di sini awal tau.. namun dalam waktu subuh tu dah kedengaran bunyi kesibukkan di kawasan luar hotel.. hebat mereka disini.. seawal itu dah mulakan pekerjaan.. berpagi-bagi...


Di Hotel Karmila, sarapan di hantar ke bilik, sarapan kami ialah nasi goreng dan nasi soto.. minuman dihidangkan teh dan kopi....untuk sarapan kira not bad kan...... sedap pulak tu.. Alhamdulillah.. 




Namun dari segi lain saya tak rekemen pun hotel nie.. selain staff yang tak friendly langsung, harga pun agak mahal.. sebab kami nie selalu tinggal di hotel bajet.. jadi kami memang tak expect banyak.. tapi serba sedikit biarlah harga setimpal dengan layanan dan keadaan hotel tu..


Apepun.. kami nak check out harinie.. 

Ndang sampai tepat pada masanya iaitu pukul 9 pagi.. rasanya lebih awal beliau dah sampai.. kami terus keluar dan mintak Ndang bawa kami ke hotel yang beliau rasa ok..

Sempat kami tambah.. kalau dapat dekat dengan Factory Outlet, FO.. lagi bagus.. katanya beress.. 

*********************

Kami pun meneruskan perjalanan tanpa sebarang iklan., nak cerita sikit mase dalam perjalanan mencari hotel baru, kami agak terperanjat yang cara memandu di bandung nie tak banyak jauh bezanya macam kat KL, jalan rayanya jem sana sini, dan anda kena pandai cilok mencilok.... 

apapun, satu perkara yang kami amat kagum disini ialah baik motosikal,angkutan dan kereta....mereka sumer amat BERTIMBANGRASA....

Hon akan selalu kedengaran mase dalam kereta......tapi orang disini gunakan hon sebagai hon untuk amaran bukan sebagai melepaskan KEMARAHAN...hahaah paham-paham la yer.....

Van Kuning Hijau ini ialah Angkutan Kota.. salah satu kenderaan awam di Bandung.






Cara membayar parking di bandung jugak agak menarik...... orang kerajaan - gelaran kepada orang yang jaga parking, yang siap dengan wisel dan uniform akan ditempatkan di tempat strategik untuk menjaga parking dan lalulintas... bayaran akan dikenakan setiap kali kita park kereta, 

Part yg paling best ialah , bayaran mengikut budi pekerti kita sendiri...... dalam berape sen sahaja duit kita...

Satu lagi perkara yang agak memeranjatkan kami ialah bile lampu hijau di traffic light....... selalunya lalulintas kita di Malaysia, hijau bermakna terus, jadi kalau lampu tu menyala kita boleh teruskan perjalanan tanpa perlu berjaga-jaga.. 

bezanya disini, yea kita lampu hijau, akan terus, tapi akan ada juga lalulintas lain dari arah tepi atau bertentangan juga akan hijau.. dah mereka akan lalu berhadapan sambil bersilang - silang.. 

perghhhh....memang mencabar betul.... dah la kereta sangat banyak bertali arus. scary kan.. tapi Ndang ade bagitau yang kadar eksiden kt Bandung adalah sangat-sangat rendah.... walaupun banyak aksi cilok mencilok... tetap mereka ada perasaan bertimbang rasa yang kurang menyumbang ke kemalangan. 

terasa respek kat mana - mana driver wanita di Bandung..

Maka sambung cerita, kami di bawa ke beberapa hotel.. dan semuanya tak menepati, samada penuh, nampak kurang menarik, jauh dari FO... 

sehinggalah kami sampai ke Flores Gallery Hotel ini..


Cantik tak hotel ini.. kami suke!








Rumah ini asalnya dimiliki oleh orang Belanda yang kemudiannya dibeli oleh orang tempatan dan seterusnya jadikan hotel. Sebenarnya kami nak ke Rumah Ebo yang terkenal di kalangan orang Malaysia atas konsepnya sebegini ditambah dengan keramahan pekerjanya. Namun kami takde rezeki untuk merasa sebab Rumah Ebo sangatlah famous.. waktu kami hubungi sebulan sebelum pergi pun sudah penuh!


Dalam gambar tulah tuan punya hotel ini.. tuan yang asal.. sekarang dah diuruskan oleh anaknya.


Syukur sangat bile kami diketemukan dengan rumah ini.. konsep sama dengan Rumah Ebo.. dan staff sangat - sangat friendly.


Lagi best.. harga lagi murah dari Hotel Karmila.. satu malam baru Rp.290k, bilik besar pulak tu.. Kalau yang datang dalam kumpulan yang besar... ade bilik besar untuk seramai 6 orang boleh tinggal.. konsep apartment..





Ini ialah ruang tamu.. sekali dengan ruang makan.. kalau rase tak nak makan kat bilik boleh makan kat sini.. boleh lepak-lepak sambil tengok tv.. 

Dalam bilik pun ade tv.. tapi area sini lagi best.. 

sebab Bandung kan terkenal dengan cuaca sejuk dan dinginnya, macam Cameron Highland kita,

kadang-kadang dlm bilik lagi rase panas dari kat luar.. walaupun ade aircond... so memang best laa lepak area nie..




Itu dia meja makan.. kalo rase nak tapau makanan gerai kat sekitar hotel.. boleh makan disini, 

Staffnya yang sangat friendly akan bantu beri pinggan dan sudu semua.. anda hanya perlu minta sahaja.


Tengok tingkap atas tu, itulah bilik dibahagian atas yang dikatakan ala aparment untuk mereka yang datang dalam kumpulan yang ramai... ada pantry dan 3 bilik didalamnya..



Ini bilik kami, bagus betul mereka kasi bilik di bahagian bawah.. mengadap taman pulak tu..






 





selepas selesai mengagumi hotel nie.. 

maka kami pun mula bertolak ke Tangkuban Perahu... dalam perjalan rasa bersyukur sangat Allah dah permudahkan urusan kami.. dapat tempat tinggal yang pada kami sangat memuaskan hati.. 

*******************************


Kami tak ingat berapa lama perjalanan untuk sampai ke sana.....

Sebabnya kami sibuk melihat ke luar tingkap.. cantik sungguh pemandangan samada kebun sayur ataupun rumah orang tempatan.


kami perasan yang kebanyakkan rumah, hiasan luarannya sangat cantik.... diorang banyak guna 'stone' untuk wall dan window opening diorang tak sama macam rumah kat Malaysia....

kami diberitahu Ndang yang kebanyakkan rumah dibuat secara gotong royong......maknanya...aku tolong ko, ko tolong aku....cuma nak kena beli bahan asas..... bestnye kan!


Masa dalam perjalanan, Ndang ade tunjuk kami rumah 'Raja Judi Indonesia' ( katanya beliau ade sebuah casino kt Jakarta )....



PEEEERRRRRGGGHHHHHHH.........terkejut kami.. besarnya rumah die........architecture designnyer macam bagunan kat Putrajaya.....


Tak berbayang kekayaanya..... katanya lagi umur Raja Judi nie dalam lewat 40an......

Update : sebenarnya itu hotel GH Universal.. sabar jelah Ndang nie.. (huhuhu)