Hari Kedua... (sambungan #4)

Pasar Baru



Kami sampai dalam waktu tengah hari.. jalan jem boleh tahan juga... jadi bila masuk sahaja ke dalam bangunan Pasar Baru ini, kami terus mencari food court, sebab dah dimaklumkan Ndang kalau nak makan ada food court disini. 


Laparnya kami jangan cakap.. 

last sekali kami sarapan seawal pukul 7pagi tadi.. sekarang dah tengah hari.. 

suasana food courtnya ini sebijik macam di Puduraya.. seriously.. takkan rasa macam di Bandung, sebaliknya di KL..

dan bila kita duduk sahaja di meja makan, ramai peniaga akan datang bawa menu.. pilih jangan tak pilih yea... servis sini memang tip top lah.. 

dan akan kelihatan ramai juga orang Malaysia disitu.. semuanya datang untuk shopping!

 


Yang ini namanya buntut bakar (ekor yang dibakar) masakan berasal dari kalimantan.. pada kami.. oklah.. menu baru untuk dicuba kan.. sup die sedap!


Alhamdulillah.. selesai makan dan berasa kenyang.. maka bermulalah acara membeli belah di Pasar yang terkenal kerana barangannya yang murah ini...




Malangnya, walaupun waktu kami tu, tak ramai orang membanjiri pasar ini, tapi masih tak dpt tawar harga murah.. sedihnya... 

kata Ndang, mungkin baru lepas cuti sekolah kan.. letak harga macam mana pun.. pasti orang beli.. jadi mereka takde la nak kasi harga runtuh macam yang di perkatakan tu... tapi masih la murah dari Malaysia.

Acara shopping kami mulakan dengan mencari baju Atuk.. Wan gigih memilih baju untuk suami tersayang...


Tengoklah tu murah tak.. cardigan Rp.45.000 tu baru RM15 tau dan masih bole tawar lagi....

Kedai yang super WoW... kedai beg tangan...


Disini, kalau harga 1st grade imitation bole dpt bawah rm100 utk brand mcm LV, Marc Jacob, Channel.. kualiti yang terbaik yang mana untuk orang biasa - biasa, kata mereka tak boleh bezakan pun.. berbeza dengan kualiti dari Thailand.. beg tiruan mereka mudah benor nak taunye..


Siapa yang rambang mata disini sebenarnya..

Kami tak banyak shopping pun disini.. kecuali mak.. beliau banyak jugak beli.. sebab ada kain-kain batik.. mak suka sangat.. siap borong.. Kami hanya beli telekung dan T-shirt sahaja.


Kata mak kesayangan, batik kat sini mmg murah.. cantik-cantik pulak tu... 


Selesai disini, kami terus keluar untuk ke Saung Angklung Udjo.. sebab show mereka akan bermula pada pukul 3.30pm..