Berikut adalah antara aktiviti yang pernah kami lakukan di rumah bersama anak - anak dalam merangsang proses pembelajaran mereka..

Kenapa kami suka melakukan aktiviti bersama anak - anak? kerana pada pendapat kami, selain merangsang proses pembelajaran mereka, kami juga dapat merapatkan hubungan bersama, segala keseronokkan kami kongsikan..

Sesuatu yang lebih baik dari aktiviti ini, kami sebagai ibu bapa juga BELAJAR tentang sesuatu dalam setiap projek yang dijalankan bersama, iaitu KESABARAN. Bagi yang mungkin faham, mengajar kanak - kanak dengan cara memberikan mereka pemahaman agak sukar sebenarnya, maksudnya kita cuba explain dengan cara paling mudah dan tanpa menggunakan intonasi menengking, ataupun marah.

Seperti yang sering kami baca melalui tips keibubapaan, katanya kita mesti berikan mereka ruang untuk membuat kesalahan, kesalahan itu ialah contohnya; tak ikut arahan yang diberikan, (biasalahkan budak - budak kan) maka kita seharusnya cuba ulangi semula arahan dengan tenang tanpa menaikkan suara dan memaksa mereka yang masih kanak - kanak ini memahami cepat seperti kita.

Hmm, terus terang ianya bukan mudah tau.. 

Tapi, bila difikirkan, kalaulah kita pun asal sahaja terbuat salah, pasti diherdik, boleh belajar ke, mesti jadi takut - takut nak bertanya soalan, padahal kita nak mereka bertanya kalau tak faham.

Alhamdulillah, selepas kami ikut tips-tips tentang mengajar kanak - kanak ini tanpa marah, menengkin, memerintah dan cepat melenting, (yang mana sebelum ini memang kami begitu) segala proses mengajar jadi mudah!

Untuk anak - anak pula, sebenarnya jadi cepat sangat absorb apa yang diajarkan, benar kan..

ikut cara Rasulullah s.a.w mengajar, penuh dengan kelembutan, terutamanya terhadap kanak-kanak, maka mereka terima dengan lembut juga.

Ada beberapa page Facebook yang menarik ingin kami kongsikan disini, mungkin perkongsian disitu boleh membantu anda dalam melakukan aktivi bersama anak - anak nanti.

Dr. Afzan Maria

Ibu Rose

Ibu Bapa Islam Cemerlang

Toddler Approved

HeartMath My Kids!


Memasak dengan papa.
Projek seni.

Memasak dengan mama


Insya Allah... kami akan cuba kongsikan lagi apa sahaja projek bersama anak - anak dari semasa ke semasa.