Sekarang dah pukul 12.42 tengah malam... masih duduk didepan pc... dan, dah start rasa penat dok  menyiapkan gambar - gambar yang nak dikongsikan di Instagram Total Hijab nie.. 

Apapun, still kena buat jugak sebab nak siapkan untuk promosi Inspirasi Kandy Shawl yang sudah mula dimuatnaik di website TotalHijab.. nak tunggu siang hari memang takkan siaplah jawabnya..

Sambil menaip nanti adalah nanti sorang dok kat peha kanan, sorang lagi dok bergayut kat tengkuk.. lagipun waktu siang adalah khusus untuk aktiviti bersama anak-anak dan menyiapkan produk ChocoToT. untuk diposkan keluar pada keesokannya..

jadinya, hanya waktu malam sahaja boleh mula sibukkan diri untuk Total Hijab...


Ini pun, sebenarnya gambar - gambar yang diambil dua hari lepas.. hari ini baru boleh buat.. 

Modelnya pun dah bertanya.. (hehehe)



Sedikit perkongsian, kesemua gambar nie semua mama tot ambil sendiri..






Ambil dibalkoni rumah sahaja.. asalkan ada natural light.. sedikit reflector.. jadilah kan..

Cuma kali ini letakkan cermin panjang yang telah dikidnap dari rumah mak..

Alhamdulillah, dapatlah juga gambar produk yang digayakan model untuk Inspirasi Kandy nie..

Oklah.. sebenarnya, banyak lagi yang nak disiapkan nie.. tapi sempat juga menyembang disini kan.. nasib dah tutup Facebook.. kalau tak sampai 3 pagi kerja tak siap lagi..

Jadi mama tot sambung kerjalah yea.. nanti share lagi...

Assalamualaikum..