Wetotla ke Port Dickson lagi! Sahaja kami teringin nak bawa anak - anak yang nak mandi air laut, sambil bermain pasir, membuat istana pasir dan banyak lagi.

Kali ini kami pergi dengan family adik lelaki mama tot, beliau mengajak kami untuk menginap di Akar Beach Resort yang terletak beberapa kilometer sahaja dari Hotel kebiasaan kami. Melihatkan air pool di situ yang sangatlah jernih, terus sahaja kami setuju, sebabnya kalau hujan at least boleh mandi di swimming pool kan.  Kami pernah terkena sekali dahulu waktu menginap di Sari Ratu Spa Hotel yang tiada pool, bila hujan turun agak lebat, terus sahaja kami mati kutu dalam bilik hotel. 

Alhamdulillah beliau belanja kami satu bilik.. Terima kasih adikku sekeluarga!

Asalnya kami nak bawa atuk dan uwan mereka sekali.. tapi atuk tak larat.. jadi kami sahajalah yang pergi. 

Geng sepupu nie memang seronok bersama - sama.. sampaikan kami sahaja naik satu kereta biar mereka dapat bermain sekali.. seronok betul si kecil yang namanya Irfan Aqeel ini.. 

Tentang hotel,  kami memang puas hati menginap di sini. Kami dapat bilik yang bebetul mengadap pool.. nak lompat dari tingkap masuk terus kedalam kolam pun boleh!

Serba sedikit info tentang hotel ini, ala Islamic sedikit, baru 2 tahun lebih dibina, kebersihan hotel sangat bagus, desain pun ok.. cuma yang tak bape nak seronok kawasan pantainya yang kurang best, berbeza dengan kawasan Sari Ratu tu yang pantainya bersih cantik dan puas mandi. Disini tidak. 

Tapi jika anda yang nak bawak anak berenang kolam sahaja, elok sangatlah menginap hotel ini yea.

A video posted by Ellinnur Bakarudin (@wetotla) on




A video posted by Ellinnur Bakarudin (@wetotla) on

A video posted by Ellinnur Bakarudin (@wetotla) on

Seharian mereka bermain air sahaja.. tengoklah gelagat anak - anak kami bermain dengan Papa Tot.. mesti gaya extreme punya!

sampaikan adik Irfan tercengang tengok.. tunggulah lagi setahun dua lagi.. sure join sekali!

gambar ikhsan Paksu!





Yang lebih seronok tengok gelagat abang dan adik menjaga adik Irfan didalam kolam.. sampaikan Paksu dan Maksu tak boleh dekat pun.. sibuk semuanya nak jaga..






Berendam di kolam ini lama - lama, akhirnya kami perasan yang disini tak kuat sangat bau klorinnya berbanding kolam di rumah kami. Bagusnyaa.. 

Balik semuanya rentung..

Jadi kalau anda berminat nak menginap disini pada cuti sekolah akan datang ini, boleh tengok info berikut.

Akar Beach Resort

Alamat: 
Teluk Kemang, KM14 (Batu 9) of Jalan Pantai. Port Dickson , Negeri Sembilan., Malaysia
Telefon: +606-662 8575
Email: info@myakaresort.com
GPS Location : LAT 2.4387404976228484 LON 101.85754914882659