Wetotla rasalah kan.. nanti akan ada banyak entry dibawah label Pusat Sains Negara dalam blog nie.. sebabnya, kami rasa setiap tahun kami pasti akan datang ke sini samada untuk melihat ataupun belajar tentang sains dengan lebih mudah dan mendalam.

Setiap kali datang, walaupun ditingkat bawah bahan pameran sama setiapkali, tapi diatas sentiasa ada pameran terbaru yang dibawakan khas dari luar negara. Contohnya dahulu pada tahun 2013 ada pameran Star Trek Enterprise, dan kali ini ada pameran tentang Crime Scene Investigation (CSI) pula.

dan untuk anak - anak kami, manalah mereka ingat kali terakhir kami datang, jadi seronok meloncat-loncat waktu masuk kedalam tu.. semuanya nak pegang, semuanya nak cuba.

Untuk umur ini, cuba juga kami terangkan.. tapi berdasarkan apa yang ditanya sahaja.. berdasarkan minat mereka, dan semestinya dibahagian cahaya, eletrik itu menjadi minat mereka.




Inilah pameran CSI tu, harganya lain kalau tak silap.. tapi tetap tak mahal dan sangat bagus untuk expose pada anak - anak tentang dunia pekerjaan polis ini. tentang menyiasat dan mencari bukti sehinggalah tertangkapnya orang jahat itu.


Kami bermula disini.. melihatkan orang mati di atas jalan.. apa yang perlu dibuat?


melihat autopsi yang telah dilakukan.. boleh melihat punca kematian.. semuanya diterangkan disini.


hai.. pucat jea abang... 


setelah melalui pelbagai proses seperti mengesan cap jari, dna, dan banyak lagi.. akhirnya kami berjaya menyelesaikan kes itu. dan bergambar tanda kegembiraan!





Setelah itu kami ke bahagian bawah dan wajib bermain piano lantai nie...


A video posted by Ellinnur Bakarudin (@wetotla) on
cuba juga menaikkan helikopter.. 








A video posted by Ellinnur Bakarudin (@wetotla) on

Bersama wajah ratusan pemenang Nobel Prize serata dunia.. hebat betul pemenang ini, suka membaca apa yang di yang diperjuangkan oleh mereka dan seterusnya ia diiktiraf dunia...

Tahukah anda siapakah pemenang Nobel pertama dari Malaysia? lihat sini 



5 Tempat Lebih Menarik Untuk Anak - Anak Anda!


Antara 5 tempat yang ingin kami sarankan ini ialah tempat menarik kanak-kanak selain Zoo Negara, Kidzania dan taman - taman yang biasa kita pergi. Sebab waktu cuti sekolah ini pastinya tempat sebegini sangatlah ramai yang pergi, jadi kita cuba ke tempat yang lebih kurang dan mungkin tak seramai tempat - tempat yang glamour ini.

1. Farm In the City.

Mungkin ramai dah tahu dah tempat ini, tapi masih tidak sepopular Zoo Negara lagi kan.. Jom cuba bawa anak - anak ke sini.. 

Interaksi bersama binatang sangat bagus terutamanya bagi anak - anak kecil bawah 2 tahun. Untuk anak - anak kami.. memang teruja kalau ke sini!


via : www.facebook.com/FarmInTheCityMalaysia

2. Aviax

Flight simulator yang memberi peluang pada anak - anak untuk mendapatkan pengalaman seolah - olah membawa kapal terbang sendiri!

Lokasi di Shah Alam, jadi bagi mereka yang tinggal di sekitar dan ingin memberikan keseronokkan unik kali ini boleh membuat temujanji dengan mereka!


3.  Breakout Real Escape

Konsep permainan disini ialah menguji minda dan kecekapkan anak - anak anda dalam mencari jawapan.

Terletak berdekatan tanda mercu negara iaitu KLCC. Anda boleh membawa anak - anak menaiki LRT untuk kesana!



4. Dinoscovery

Tempat yang memberi peluang anak - anak anda bermesra dengan Dinosaur! Haha.. Ini ialah umpama taman tema berkonsepkan Dinosaur yang mana anak - anak boleh belajar dan bermain permainan yang bertememakan Dinosour.

Kami tengok dalam FB page.. nampak menarik sangat2 tempat nie.. apakata cuba nanti kan.. kami pun terasa nak bawak anak - anak kami sekali. 




5. Camp 5 Indoor Climbing Gym

Terletak di One Utama, memang best tempat nie.. anak - anak pasti sukakannya.. mana tak.. mereka boleh panjat setinggi-tingginya dan sebagai ibu bapa kita tak perlu risau sebab ada alat keselamatan yang di pakaikan pada mereka.. jadi ini tempat terbaik bagi anak - anak untuk melatih keberanian, minat pada outdoor dan banyak lagi!


Jom bawa mereka!