5 ekor sotong bersaiz sederhana, dan badannyer di potong kecil... bahagian kepala buang punatnyer.. 

satu senduk minyak masak..
10 tangkai cili kering, kalo cili kering kat GIANT memang meletup, pakai 5 pun pedas.. best!
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
3 biji bawang putih
1/2 biji bawang besar
1/2 cawan air asam jawa
1 kiub knorr ikan bilis
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
2 batang serai, di belah 2..





Cili kering direbus sehingga masak.. toskan airnya, beserta bawang putih, bawang merah dan 1/2 cawan air.. kisar semua sehingga hancur.

Tumiskan bahan yang kisar sehingga naik bau, masukkan serai dan terus menumis.. 

Pastikan api tak  besar yea.. 

Kemudian, masukkan kan air asam jawa dan biarkan mendidih sampai pecah minyak.. boleh lihat di permukaan sambal itu penuh dengan minyak.

Masukkan sos cili dan tiram dan kacau sehingga sebati dan masukkan garam dan gula.. rasa sedikit sambal itu dan adjust sehingga menepati selera.

Akhir sekali, barulah masukkan sotong, agak - agak masak dlm 10 minit sahaja.. dan tutup api.. 


Hidangkan dengan nasi panas.