Wetotla nak berterima kasih kepada Dr Putri Afzan Maria Zulkifli kerana telah memperkenalkan kami kepada konsep play based learning ini. Pelbagai ilmu berkenaan dengan konsep bermain sambil belajar ini telah kami serap sejak mula mengenali dengan beliau di Facebook Page "Meet: Afzan Maria - The Early Childhood Practitioner".

Alhamdulillah.. dapat bertemu beliau di UNITAR ketika menghadiri one day seminar bertajuk Parents as Partners Series yang mana memberikan kami lebih ilmu tentang pentingnya kanak - kanak untuk bermain dan different approach bagi anak yang tidak begitu minat dengan buku untuk turut serta belajar dan mengenali huruf, nombor, membaca dan banyak lagi. 

A photo posted by Ellinnur Bakarudin (@wetotla) on

Kami memang sudah lama mengamalkan homeschooling ini sejak dari anak pertama kami Iman Hazim berumur 5 tahun, cuma caranya berbeza, lebih menekankan kepada latihan dan buku, jadi banyak memaksa dari menggalakkan, dan terus terang, kami tak reti kaedah lain selain membuat latihan didalam buku, baca buku dan menonton you tube untuk belajar.

Sehinggalah kami mengetahui tentang play based learning ini. Ya, agak lewat kami ketahui, tapi masih tak terlalu lambat, jadi kami mulakan dengan mencari idea pembelajaran melalui google yang menghubungkan kami dengan blog - blog menarik, ditambah dengan page di FB yang sentiasa updated dengan kaedah - kaedah terbaru.

Alhamdulillah kami dah mula praktikkan kepada anak - anak kami dah sudah menampakkan hasilnya. 

Kami tidak stress dan suasana pembelajaran kami begitu gembira. 

Lebih seronok.. mereka yang minta setiap hari berkali - kali jika ada projek baru berkenaan belajar.

Masya Allah! Kami rasa seronok sangat.

Untuk update terbaru mengenai aktiviti play based learning kami boleh anda ikuti di Instagram kami, Insya Allah kami akan cuba kongsikan sebanyak mungkin idea dan dari mana anda boleh dapatkan bahan - bahan ini.

Bagi ibu bapa yang bekerja, anda juga boleh gunakan kaedah ini kepada anak anda bagi membantu pembelajaran dan merapatkan hubungan, sebabnya aktiviti ini boleh dilakukan setiap hari dan konsepnya cuma bermain!

Seperti Papa Tot yang bekerja dipejabat, setiap hari selesai sahaja solat Isya, beliau akan mula bermain menggunakan kaedah play based learning dengan anak - anak kami. Sampaikan setiap hari mereka tak sabar nak tunggu papanya balik kerana nak buat projek menarik dengan papanya pula!

Caranya, anda cuma perlu duduk dengan mereka dan bermain sekali, terangkan jawapan jika mereka bertanya soalan, dan tanya pula pada mereka pula jika mereka nampak seronok dengan apa yang dilakukan itu.

Jika tak tahu nak jawab, jangan risau, standby Google dan Insya Allah jawapan yang anda beri pastinya akan buat mereka belajar sesuatu setiapkali.



Ini ialah antara permainan yang menggunakan kaedah play based learning yang amat mudah disediakan dan juga tak menggunakan kos yang tinggi.

Sediakan kotak terpakai yang dilabelkan dengan nombor, pelajaran ikut umur anak, untuk sikecil Nurdini 1 - 10 sahaja dan untuk Iman Hazim 10 - 50 (sebab bola pom - pomnya tak cukup!) sebaiknya sehingga 100.


Dengan chopstiks pakai buang tu, bantu anak belajar mengepit menggunakannya untuk mengambil bola pom pom itu dan memasukkan kedalam kotak mengikut jumlah yang betul. Anak akan belajar mengira dan juga memantapkan lagi perkembangan motor halus. 

Puji dan galakkan bila ianya betul dan bantu jika tak faham, anak akan faham yang nombor itu bukan sekadar nombor yang perlu dihafal, tapi ianya juga mempunyai nilai dan jumlah bila ditambahkan.


Kami ulang permainan ini setiap hari, ataupun setiap kali bila diminta, kadang - kadang mereka nak bermain berkali - kali sebab katanya best!



Bagi yang berminat untuk mencuba, berikut sedikit info tentang dimana kami dapatkan bahan - bahan ini.

  • Bola pom - pom - Mr Diy
  • Chopsticks - Kedai RM2
  • Kotak - kotak terpakai.
  • Label Putih - Mymydin.
  • Sharpie colourful (1 set pelbagai warna) - AEON Big