Wetotla nak kongsikan lagi aktiviti yang boleh dilakukan oleh anak - anak kita sendiri dalam usaha mereka mempelajari sesuatu dan juga bergembira dalam masa yang sama.

Seperti yang kami ceritakan dalam entry yang lepas, sudah lama kami mengamalkan konsep homeschooling (belajar di rumah) ini cuma tidak dikongsikan diblog, hanya di Instagram Wetotla.

Jadinya aktiviti ini bukanlah yang terbaru, tapi dah lama, cuma  kali ini ianya kongsikan disini secara lebih lanjut.

Waktu melakukan aktiviti ini sebenarnya kami ingin mereka belajar membuat kek dan turut serta dalam pembuatannya. Namun idea untuk mewarnakannya timbul selepas habis sahaja adunan dikacau dan sudah tiada apa lagi hendak dibuat oleh mereka, padahal mereka nampaknya waktu itu masih lagi seronok.

Jadi waktu itu kami tambahkan satu lagi kerja seni iaitu mewarnakan kek ala kek marble. 

Untuk menambahkan lagi keseronokkan, semasa mencampurkan adunan yang telah diwarnakan, kami buat dalam kuantiti yang sedikit iaitu menggunakan sudu. Jadi proses akan berlaku dengan lebih lama dan akan bertambah excited-lah mereka!


Aktiviti ini boleh menguji kesabaran mereka (seorang demi seorang), melatih seni motor halus, mengenal warna dan mengenal seni. Terangkan juga pada mereka tentang kelebihan mewarnakan kek, tentang lebih cantik sesuatu itu bila ditambahkan nilai padanya dan jangan lupa janjikan yang projek seni mereka kali ini boleh dimakan!



Untuk membuat aktiviti ini, hanya perlu letakkan satu demi satu sudu diatas setiap adunan itu. Ikut urutan warna untuk lebih cantik dan duduk disebelah mereka sambil memberi ransangan terhadap kemasan dan effort yang mereka lakukan dalam menyiapkan projek ini. Trust me, mereka akan lebih bersemangat!



Inilah hasil kerja mereka berdua.. 

bayangkan betapa jenuhnya mereka nak menghabiskan keseluruhan adunan supaya bewarna warni, namun apabila selesai, bukannya mereka letih melepek, tapi melompat - lompat kerseronokan sewaktu nak masukkan adunan ini kedalam oven. 

...dan setiap saat mereka akan bertanya "dah masak ke Mama.." apabila sudah naik bau kek itu.

Alhamdulillah..

Projek anak - anak kami.. menjadi juga kek kita.. 

Bagi yang nakkan resepinya boleh lihat (disini) Resepi Kek Mentega Badam. Namun kami tak letakkan badam sebab faham sahajalah kalau kek untuk budak - budak (hehe)

Beria anak dara nak memasak lepas buat kek tu.. maka kami pun mainlah masak - masak pula.


Next time kalau membuat kek ataupun biskut.. mungkin boleh libatkan anak - anak kita dalam prosesnya ya!