Wetotla sempat pergi ke #JomMakanCharityFest di Central Park One Utama. Festival yang berlangsung selama 2 hari iaitu 25 dan 26 April 2015.

Seronok jugak sebab ada pelbagai menu makanan menarik dan sedap. 

Dapatlah kami merasa begerkaler, chocolate lasagna dan takoyaki yang sangat menarik dan boleh tahan sedapnya!

Sebenarnya ada banyak lagi menu menarik, tapi kami tak berkesempatan nak mencuba sebab kami sampai tu dah lambat, jadi banyak gerai dah tutup dan ada yang dah balik pun.. 

Nasib baik dalam lambat sampai tu, dapat juga Papa Tot mencuba Segway.

Al-kisahnya... dalam salah satu buku yang Papa Tot selalu bacakan pada abang, ada berkenaan Segway ini, sebab tu yang excited waktu melihat Segway nie, bukannya anak bujang kami, tapi Papa-nya!

Untunglah Papa Tot dapat naik juga, dan lebih untung anak - anak kami dapat juga merasa dibawa oleh Papa mereka.

Orang tak ramai sangat sebab dah petang dan hari terakhir pula tu, tapi kami tetap enjoy!

Chocolate Lasagna yang tak manis sangat.. sedap!


Anak - anak yang berasa amat kecewa tak dapat nak naik sekali pada mulanya...

hanya mampu melihat Papanya bergembira...


   

Akhirnya.. dapat naik jugak.. walaupun papa tak confident nak bawak anak.. brader ini berjaya juga menyakinkan Papa Tot.

A video posted by Ellinnur Bakarudin (@wetotla) on


 


Sebijik Segway ini harganya dalam RM8ribu kata brader tu.. Fuh!


Posing sikit...


Nanti dah besar dedua boleh cuba naik dan bawa sendiri yea.. Insya Allah..

Sekarang amik feel jea dulu..




Last sebelum balik, kami main Giant Bubbles puas - puas.. dah kebetulan ada dipadang kan, mesti ambil kesempatan beriadah.. jadi puasla main tangkap - tangkap buih, dan kejar mengejar disitu.