Wetotla rasa pada sesiapa yang dah lama tak ke Ulu Yam, jemput - jemputlah mandi manda disini, bila ada kelapangan, sebabnya memang bersih dan cantik betul tempatnya, terutama dikawasan sekitar Nur Laman Bistari Resort. Kami mandi dibahagian luar sahaja, (tak masuk ke dalam resort) jadinya hanya bayar RM4 untuk brader yang tolong bersihkan kawasan sekeliling tu. Beliau akan datang kutip duitnya nanti.

Al - kisah kami nak mandi sungai ini, adik mama tot sekeluarga ajak sebab beliau nak ambil gambar sungai, dan kami pula nak bawa budak - budak ini untuk merasa memasang khemah dan mandi sungai lagi.

Asalnya kami ke kawasan sungai lain di daerah lain, dan sebaik sahaja sampai disana kami lihat air sungainya agak kotor, batunya berlumut kotor seperti warna karat gitu.. hasil dari kotoran yang ditinggalkan pengunjung2 disitu dan memandangkan kami dah pernah kesini, kami ter-compared pulak kedua kawasan ini dan mengambil keputusan untuk datang mandi juga di Ulu Yam. 

Alhamdulillah.. kami seratus peratus puas hati sebaik sahaja sampai disini.

Sampai sahaja sampai kami terus setupkan khemah. Seronokla budak - budak nie.. terutama sikecil Irfan Aqeel yang paling kecil.




Agak lama kami berendam.. lebih kurang dua jam dalam air sahaja..



Sampaikan makan minum pun atas batu..


Tengoklah betapa aktifnya  budak - budak nie.. siapa tak suka main air kan?


Kutip daun, batu, main pasir apa sahaja jadi permainan kami semua..




Papa Tot dapat tangkap seekor anak ikan yang comel.. sempat juga buat recap yang kami belajar pasal insang, sirip, warna dan bentuk dan jenis ikan.


Insya Allah.. kami datang lagi nanti yea..

Gambar - gambar kali ini semuanya ihsan dari kamera adik

inilah antara hasil tangkapan beliau pada hari itu.


via : poiephoto