Wetotla nak share resepi garden salad yang memang mudah untuk disediakan.

Kalau makan dengan kepingan nugget, bebola ayam ataupun Tempura Fish & Chip memang sesuai sangat di hidangkan dengan garden salad nie tau.

Cara ini juga boleh menggalakkan si kecil mencuba sayur - sayuran, mungkin dengan melihatkan dressing yang menarik nie mereka nak cuba makan, Alhamdulillah, di rumah kami cara ini dah dikira berjaya sekali sekala. Maknanya, mereka dah mula ingin makan tomato dan daun salad walaupun sekali gigit sahaja.. (hehe)

Dalam usaha nak menjaga makan (diet), ini boleh dikatakan sebagai snek yang sesuai. Cuma, kalau anda inginkan nak versi yang lebih sihat, boleh tukarkan bahan mayonis tu ke plain yogurt.. 

Efeknya, akan rasa macam garden salad versi arab gitu.. juga sedap!







bahan dressing

2 sudu teh olive oil
1 sudu besar cuka
3 sudu besar mayonis
2 sudu besar sos tomato







Campurkan kesemua bahan - bahan kecuali daun sayur dan ciken popcorn kedalam mangkuk dan kacau hingga sebati..







bahan salad

buah tomato (dipotong kiub)
daun salad (diceraikan sahaja)
ayam popcorn yang telah digoreng
kalau lagi rajin..
telur rebus (dipotong 5)
kentang rebus (dipotong kiub kecil)



campurkan kesemua sayuran salad nie.. dan tuangkan dressing.. kacau hingga sebati...


Tips: 
  • Ketika mengacau salad, gunakan senduk kayu dan kacau dalam mangkuk yang besar, walaupun salad anda tak sebanyak mana dan mangkuk kelihatan sangat besar, sebabnya campuran akan lebih sebati dan daun salad tak mudah patah..

  • Jika membasuh sayur - sayuran itu sebelum dimasukkan kedalam mangkuk, sebaiknya keringkan dahulu dan kemudian barulah dicampurkan dengan dressing, sebabnya nanti air dari celahan sayuran  tu akan mencacatkan salad kita.. nampak terlalu berair dan lecur.. sangat tak jelita kann..