Wetotla nak share satu resepi kesukaan keluarga kami ini. 

Al - kisah makaroni goreng ni sebenarnya ade sejarahnya untuk mama tot.. 

Waktu tu masih bersekolah rendah lagi, ketika singgah ke rumah kawan waktu nak ke sekolah bersama, ayah kepada kawan yang nak pergi bersama tu jemput makan sekali, dan beliau masakkan makaroni goreng waktu tu, bayangkan, masih  boleh teringat lagi waktu suapan pertama makaroni goreng tu.. 

waktu tu rase macam itulah makan tersedap yang penah dirasa. sebab apa, sebab ianya PEDAS dan banyak telur ala scramble eggs dalam tu. fuh!

Sejak dari hari itu, setiap kali nak masak, mesti pastikan ade rase pedas dan rasa telur yang dah discramble berketul - ketul sekali digaulkan dalam tu. 

Cuma bila untuk budak - budak nie, kami buat lain la.. naya makan pedas karang.. (hehe)

Disebabkan takde resepi yang specific untuk makaroni goreng ini.

Jadi resepinya lebih kurang mee atau kuewteow gorenglah yea. 


makaroni - rebus dan toskan airnya 
(tip nak kasi cepat dan tak melekat.. letakkan minyak sikit mase merebus)

dada ayam - dipotong dadu
2 bawang putih - di cincang
1 bawang besar - di dadu halus
cili boh - 3 sudu besar
1 batang carrot - di potong halus atau parut
2 biji - telur
2 sudu besar - sos ikan/kicap sotong
2 sudu besar - sos tomato
2 sudu kecil - serbuk knorr ayam atau pasti sedap



Tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau dan masukkan cili boh.. 
kacau sampai garing.

Kemudian, masukkan dada ayam dan kacau sampai nampak masak, terus masukkan sos ikan dan serbuk knoor ayam atau pasti sedap, juga masukkan carrot dan kacau sampai carrot nampak separuh masak.

Masukkan makaroni dan kacau hingga sebati.

Bila sudah nampak masak, buat satu bahagian lompong ditengah, dan pecahkan telur dan biarkan telur hampir masak putihnya.

kacau sehingga hancur semula telur tu.. terus gaulkan semula dengan makaroni yang ada.. sehingga sebati.. 

*tak buh garam sebab sos ikan tu dah cukup masin,

*kalau versi mak kami, ada lada benggala / capsicum dan cendawan butang,

*kalau tak gunakan dada ayam, boleh guna minced beef / chicken..