Musim durian macam dah sampai ke penghujungnya.. tapi yang waktu - waktu 'senja' beginilah teringin sangat pula pula nak makan pulut durian ... kononnya sebab dah lame tak merasa..

waktu dah sipi sipi nie la barulah datangnya keinginan.. nasib baik masih ada lagi orang yang menjual...

Dipendekkan cerita, kami dapatlah beli durian yang boleh tahan sedapnya..

Jadi, disini, kami nak share cara menikmati cara orang Kelantan.. ikut belah ibu mama tot.

Dengar kate orang Kedah dan Terengganu pun caranya sama juga yea?

Walaupun ayah orang Nogori dan cara menikmatinya agak berbeza, tapi Mama Tot paling suke makan stail nie.. sebabnya, terasa  puas sangat bila menyuap tu..

duriannya masih 'terase' lagi.. dan manisnya dan pekatnya santan tu pun boleh dirasakan semuanya.

Jadi bagi yang biasa makan cara lain dan mungkin ingin mencuba cara ini.. jom tengok cara penyediaannya...









beberapa ulas durian,
1 pot pulut yang ditanak, 
3 helai daun pandan
1 pek santan
2 sudu besar gula kastor. ikut citarasa anda, ada yang sukakan brown sugar, atau pun gula merah.







Mula - mula, masakkan santan dengan daun pandan di dalam periuk,


Sementara tu sediakan beberapa ulas durian ikut kesukaan dan letakkan didalam pinggan..

Taburkan gula didalam pinggan.

Kemudian, santan yang dah sudah masak itu tadi di masukkan ke dalam pinggan yang sudah disediakan durian dan gula.


Kacau semuanya untuk hancurkan gula dan jadikannya sebati.

Juga mula asingkan isi durian dari bijinya.


Asingkan biji itu dan kacau isi dengan santan panas tu.. waktu nie, pasti bau durian dan santan die dah naik ke hidung.. memang 'cair' sekejap (hehe)


Akhir sekali barulah masukkan pulut yang dah di tanak,



Gaul sebati dan nikmati dengan keasyikkan...


Kalau rasa tak cukup manis lagi, bolehlah tambah lagi gula..