Setiapkali Abang sudah belajar sesuatu, beliau akan cuba mengajar adik. Contohnya bila dia dah pandai menyebut sesuatu, akan diajarkan pada adik apa yang beliau faham.

Kami memang sukakan sikap abang ini, sebabnya abang akan lebih ingat dan lebih faham tentang apa yang sudah dipelajari.

Sayangnya kadang - kadang adik tak mahu belajar dengannya. Lucu pulak bila tengok abang bersungguh - sungguh ingin adik beri tumpuan dan beri respon padanya..

Tapi, adik pandang sana, pandang sini.. habis dikejarnya satu rumah dengan buku ditangan semata - mata nak adik ikut apa yang diajarkan. 

Alhamdulillah.. setelah puas berusaha, akhirnya abang berjaya.. sekarang adik dah mula beri respon.. dan mereka mula belajar sama - sama.. dan adik dah boleh mengenal huruf dan membaca sedikit demi sedikit.. Tahniah abang!

Kami ajar anak - anak kami membaca menggunakan kaedah Bacalah Anakku. Tiada paksaan, sejauh mana mereka boleh belajar, kami ikut sahaja. Tiada stress dalam perlunya mereka habiskan kesemua buku ataupun abang harus membaca dengan lancar seawal 6 tahun. 

Kami percaya pada kemampuan mereka dan setiap kemampuan kanak - kanak tidak sama. 

Jom tengok video mereka dalam usaha mengajar adik tersayang.

Dulu (2014)


A video posted by Ellinnur Bakarudin (@wetotla) on
,
A video posted by Ellinnur Bakarudin (@wetotla) on
Sekarang (2015)


A video posted by Ellinnur Bakarudin (@wetotla) on
/center>
A video posted by Ellinnur Bakarudin (@wetotla) on