Alhamdulillah..

Sempat lagi wetotla menyambut harijadi papa yang ke.... dot .. dot .. dot...

Apapun sambutan tahun ini sangat bersederhana.. cuma bab surprise #kejutancinta tu tetap dibuat.. (hehe)

Harijadi papa kali ini jatuh pada Hari Wesak. Namun opis papa tak bercuti. Jadi hari itu birthday boy bekerja seperti biasa.

Plan kami asalnya nak surprisekan papa dengan homemade cake... ingat nak buat dengan anak - anak dan bila papa balik nanti barulah SURPRISE!

Mama Tot berbincang dengan anak-anak dengan memberi pilihan samada nak masak kek sendiri atau kita surprise-kan papa di ofis.

Mereka pilih surprise-kan papa diofis!

Jadi kami pun belilah kek di Bakeri Pistachio dan datang ke ofis secara mengejut.

Waktu kami datang tu lunchtime.. ingatkan nak pegi celebrate dimana-mana.. rupanya papa dah keluar meeting awal dan sedang lunch di restoran berdekatan.. jadi kami celebrate sahaja didalam kereta..


Seronoknya anak-anak dapat surprise-kan papa..




lebih lucu bila anak dara tak mahu beri papa balik ofis..  menangis2 dalam kereta.

Apapun papa balik petang tu kami celebrate lagi sekekuarga.. dan keluar bersama.

Next year kalau umur panjang lagi kite tengok camne surprise-nya yea..