Wetotla berpeluang ke Car Boot Sale at Melawati untuk melihat - lihat barangan dan juga bershopping sedikit. Barangan yang dijual disini terdiri dari kelengkapan rumah, tudung, cadar, hinggalah ke barangan antik dan mainan yang dikategorikan sebagai Collector's Item.
Seronok jalan - jalan ke sini, boleh rambang mata dibuatnya.. barangan pula boleh dikatakan rare, bukan yang kita boleh selalu dapat di Bazaar - bazaar kebiasaan itu.
Jualan dibuka seawal 7 pagi hinggalah ke 1 tengah hari pada setiap cuti hari minggu iaitu Sabtu dan Ahad.
Yang lebih menarik, pada hari Sabtu jualan dibuka semula pada malam hari bermula dari pukul 7 - sehinggalah 12 malam.
Kalau ada kesempatan boleh cuba datang sini. Ini pun gambar yang sempat kami ambil.. kalau ikutkan banyak lagi jualan - jualan menarik yang tak terakam oleh kami.
![]() |
Barangan hiasan rumah berkonsepkan English Garden. |
![]() |
Boleh tahan ramai orang disini, namun tak begitu sesak.. masih boleh jalan - jalan. |
![]() |
Mencari peralatan Golf 2nd hand? |
![]() |
Memang kena singgah satu - satu gerai disini untuk melihat. |
![]() |
Hampir tak terpilih kan.. |
![]() |
Mujur waktu kami singgah tak bersama anak bujang.. kalau tidakk.. |
Ini gerai rakan kami.. menjual Hot Wheels, tudung dan pakaian muslimah jenama AtMoslema dan barangan kecantikan.
Jangan lupa singgah ke gerai mereka.
via : FB
via : FB
Memang rambang mata bila kesini. barangan rate dan vintage sangatlah banyak. Kalau ikutkan hati memang nak shopping sakan jea.. (hehe)..
Bagi yang inginkan info,
Car Boot Sale at Melawati
Sabtu : 7am - 1pm (sesi pagi) | 7pm - 12am (sesi malam)
Ahad : 7am - 1pm (pagi shj)
018-353 6303
GPS : 3.211088, 101.752082
TIPS : Cari BH Petrol dan Caltex yang bersebelahan, dan anda akan jumpa tempat ini.
0 Comments