Wetotla dah lama ingin bercuti jauh sedikit dari Kuala Lumpur dan sebolehnya tak mahu ke Port Dickson lagi sebab dah terlalu kerap ke sana. Jadi dalam merancang tu akhirnya kami memilih untuk ke Cameron Highland. Sebabnya banyak yang kami ingin tunjukkan kepada anak - anak tentang kawasan tanah tinggi, Mossy Forest, tanaman dan buah - buahan yang boleh dilihat terus dari pokoknya.


Bila diceritakan kepada adik lelaki dan ister, mereka pun ingin turut serta, jadi lebih meriah lah! Ibu kami pun ingin ikut, maka kami ajak pula atuk, selalunya atuk tak mahu pergi bercuti nie.. sebab tak larat, maklumlah keadaan agak uzur sekarang. Tapi seronoknya kami bila atuk pun setuju. 
Adik ipar kami ada memberitahu kakak yang bertugas sebagai guru, faham yang tugasnya sebagai pendidik tidak membolehkan beliau mengambil cuti pada waktu itu maka kami pun teruskan sahaja pengembaraan ini.

Kami memilih untuk pergi pada waktu luar musim cuti sekolah atas beberapa sebab, salah satunya faktor harga, segala - galanya lebih murah pada waktu ini, terutamanya kos penginapan. Juga tiada jalan yang jem, dan akan ada lebih peluang untuk kami melawat pelbagai tempat dalam jangkamasa singkat. Kalau tak mungkin dari segi mendapatkan parking sahaja sudah menjadi masalah.

Dalam menyediakan itinerary perjalanan, kami tambahkan apa juga yang perlu di pelajari oleh anak - anak sewaktu disana, macam cikgu jugaklah kan.. kami siapkan pelbagai info lengkap supaya mudah untuk kami ceritakan nanti kepada mereka sekiranya bertanya. Kami memilih tempat yang ingin dilawati berdasarkan recommendation places di Trip Advisor.

Memandangkan Papa Tot ada mengambil cuti sehingga hari khamis, plan asal hanya ke Cameron Highland (CH) telah kami tambahkan supaya kami dapat bawak anak - anak bermain di Bukit Merah Laketown Resort Waterpark :(BM)

Selesai berurusan dengan tempat tinggal di Cameron Highland dan Bukit Merah, maka kami pun bersiap - siaplah untuk ke sana.

Hari Pertama.

Kami bertolak seawal lepas subuh, keluar rumah pukul 6.30 pagi dan terus ke Keramat mengambil atuk dan wan, cadangnya kami sebolehnya tidak mahu tersangkut dalam jem ke tempat kerja. Alhamdulillah kami lepas dari terkena jem, dan berjumpa dengan adik di R&R Sungai Buloh. 
Waktu sampai di R&R Sungai Buloh kami nampak selautan kereta yang datang dari luar ingin ke Jalan Duta tersekat disebabkan ada kemalangan, kesian betul.. tak dapat nak bayangkan kalau ada yang ingin ke inteview kerja pagi tu. Sebab memang teruk benar jem-nya.

Selesai bertemu, kami mulakan perjalanan ke CH dan berjanji untuk berhenti di R&R Tapah untuk breakfast. Perjalanan kami Alhamdulillah lancar, dan kami berhenti untuk breakfast di Restoran Tuuu Dia Pak Tam didalam kawasan R&R Tapah.

Kami memilih untuk makan bihun sup dan nasi ayam. Komen kami tentang kualiti makanannya. Sangat Sedap!

Memang Mama Tot dah baca dalam Foursquare tentang kesedapan makanan disini, tak sangka sedap betul.. supnya pekat, isi ayamnya lembut, teh dan kopi yang kami order pun sedap semuanya.Cuma sayangnya kami tak ambil gambar makanan tu, tapi nanti kalau anda kesana, silalah cuba yea.. 
A photo posted by Ellinnur Bakarudin (@wetotla) on

Lama juga kami disini, sorang demi sorang makan, ke tandas dan akhir sekali tunggu atuk, sayangnya cucu - cucu pada atuk sampaikan pakat teman atuk makan.. Selesai semuanya.. kami teruskan perjalanan untuk naik ke Cameron Highland.

Maka bermulalah perjalanan kami mengadap jalan yang umpama ular dipalu. Kali terakhir kami kesana abang Iman Hazim pernah muntah didalam kereta, jadi kali ini dah standy satu persalinan untuk abang dan adik, just incase.

Alhamdulillah mereka tak muntah, malah tidur nyenyak sepanjang perjalanan. Syukur... sebab kesian kalau tengok budak - budak muntah. Mama Tot masa kecik jenis macam tu, selalu muntah dalam kereta kalau travel jauh, sebab tu faham sangat apa yang anak - anak rasa kalau mereka mabuk.
Dari Tapah Perak kami bermula, akhirnya kami pun sampai ke Cameron Highland, Pahang. Perhentian pertama kami ialah ladang teh yang terkenal disini.

BHARAT TEA PLANTATION


Saat sampai sahaja.. membuka pintu dah terasa sejuk dan sedapnya kawasan ini. Orang tak ramai mana dan parking pun banyak. bestnyee!


A photo posted by Ellinnur Bakarudin (@wetotla) on
Kami ambil kesempatan bergambar disini.. 



Sepupu mereka Irfan Aqeel ada sebuah kemera yang berfungsi dengan baik untuk kegunaannya.. maklumlah Abi-nya seorang yang amat meminati bidang fotografi, jadi sikecil ini juga sudah diajar dan digalakkan mengambil gambar sekeliling. Anak - anak kami pula dan tengok ada kamera kecil yang mudah digunakan, kepunyaan Irfan pula.. maka sibuk - sibuklah semua nak pinjam dan ambil gambar.. 


Nasib baik Irfan nie sporting, asalkan dengan abang dan kakak, die OK jea..


A photo posted by Ellinnur Bakarudin (@wetotla) on

Atuk tak pernah sampai ke Cameron Highland rupanya.. baru pertama kali melihat ladang teh yang cantik lagi terbentang luas disini.


Ini kenderaan yang amat popular di CH ini.. anda akan jumpa ianya dimana - mana, dan sangat lajuuu!


Tak habis lagi sesi bergambar kami disini, terlalu ramai photographer..



Kami ada membawa mereka mengenali pokok teh, jenis daunya, tanya apa kegunaan dauh teh ini dan kaitkan daun ini dengan minum teh kegemaran mereka itu.

Selesai kami disini, ada kami hubungi tuan homestay yang sudah ditempah itu, kata beliau datang dalam masa sejam lagi, jadi kami pun terus ke tempat yang sudah termasuk dalam itinerary kami iaitu Time Tunnel Musem.

TIME TUNNEL MUSEUM

Tempat ini baru pertama kali kami sampai, dan sebenarnya baru kami tahu pun melalui Trip Advisor. Kami difahamkan ini ialah museum barangan antik, dan barang disini kebanyakkannya sudah berumur 50 hingga ke 100 tahun. 

Saat sampai kami lihat tempatnya macam kecil sahaja, kaunter pembayarannya pun comelnye! Bayaran pun hanya RM5 untuk dewasa. Namun sebaik sahaja melangkah kedalam, wahh.. kami terus teruja melihat pelbagai barangan yang sangat sangat lama diperagakan. 

Semakin kami kedalam semakin menarik... 


Disini pelbagai barangan lama digantungkan, ada yang dari zaman Atuk hinggalah ke zaman kami.. memang nostalgia betul melihat semua nie.. 


Cuma tempat ini agak berhabuk, mungkin mereka boleh tingkatkan lagi kebersihan ataupun cara display barangan ini, sayang betul lihat barang lama semakin berhabuk dan kotor. 



Susu manis, mana ada dah sekarang kan.. yang ada krimer manis.. tak ingat dah rasanya macam mana..


Anak - anak kami dapatlah tengok zaman atuk dan uwan mereka bermain dahulu.. walaupun atuk tak merasa semua ini.. maklumlah orang susah.. tapi seronok atuk dan uwan dok tunjuk permainan yang terkenal dizaman mereka..

Budak - budak zaman sekarang.. motor pun dah ada remote control.. (hehe)


Salute pada guru - guru zaman dahulu.. usaha mereka dalam memandaikan anak bangsa memang hebat. Tengoklah bertapa kreatifnya mereka menggunakan alatan sebegini.



Dapat tengok lesen memandu tahun 1956!


Ini pula pelbagai tabung dari pelbagai bank yang mana sesetengah tu dah tak wujud pun. Cool kan?


Radio Flyer Wagon.. ini memang permainan anak - anak orang kaya zaman dahulu kata atuk.


Dapur ini buat mama Tot teruja pulak.. bestnya kalau ada sebiji kat rumah dan boleh digunakan!


Alat penimbang zaman dahulu..


Ada yang ingat pada gula - gula Strawberi tu? ataupun game tu.. itu semua zaman Mama dan Papa Tot.


Seniman yang amat dikagumi.. Tan Sri P.Ramlee..


pelbagai kenderaan permainan lama kanak - kanak.. bersinar - sinar mata budak - budak nie menengoknya..


Cash register zaman dulu..


Basikal jual aiskrim, rasanya masih lagi ada zaman sekarang kan.. di kawasan luar bandar..

Gigihnya mereka yang menjual aiskrim ini kan.. Salute!


Poster original filem Tan Sri P.Ramlee..


Tahukah anda?

Jenama Darlie itu asalnya Darkie..


Saat ini terasa kagumnya dengan mereka yang menyimpan pelbagai barangan ini.. kalau mereka tak simpan, dapat ke kite tengok semua ini..

Tak tahu pun ada ubat gigi berjenama Signal.


Teringat zaman kecil dahulu.. rasanya ada jenama yang familiar sewaktu ke dapur dahulu.


Dapur rumah Atuk beginilah.. cerita Atuk kepada cucu - cucu..



Sampai sahaja disini.. Papa Tot terus excited nak tunjukkan kepada Iman Hazim mesin jahit old skool..

Sempat papa tot ceritakan serba sedikit bagaimana ianya berfungsi..


Besar tau tempatnya... asalnya Atuk rasa macam RM5 tu mahal.. tapi bila dah masuk dan lihat kesemua ini.. rasa macam RM5 tu terlalu murah..

Betul.. sebab barangan disini nilainya sahaja berapa...


Ini contoh bagaimana rumah zaman dahulu.. namun disini lebih kepada rumah masyarakat Cina.


Cool kan?






Bestnye kami rasa waktu ini.. banyak mainan zaman kami dapat ditunjukkan pada anak - anak..


Ada kami terbaca tentang ini.. sungguh misteri..

kalau berminat nak tahu, sila baca disini JIM THOMPSON


Air - air didalam botol ini semuanya original..





Orang dahulu..

sampai kena warning tu.. (hehe)




Kotak coklat macam nie la dulu banyak kat rumah nenek belah Uwan.. mereka simpan barangan dalam nie.. bile tengokkan kotak tin ini pun dah terliur... masa kecik dulu laa...


Duit zaman British.. Mama Tot ada yang One Cent tu dalam simpanan.. dapat dari Arwah Atuk belah Uwan.


Waktu nie exicted Atuk panggil.. nak kenalkan.. Inilah secupak.. segantang..


Waktu kami disini.. kalo ikutkan atuk tak puas lagi nak melihat.. tapi memandangkan atuk dah uzur, jadi beliau tak larat nak berjalan lama lagi.. kami pun terus ke kedai makan bersebelahan museum ini yang pernah kami makan sewaktu datang dahulu.. 

Kedai makan ini memang highly recommended! Sudahla lauk pauknya semuanya sedap.. dah tu kedainya sangatlah bersih.. 

Lantai dapurnya macam lantai dapur rumah sendiri.. spotless.. kami tahu masa nak basuh tangan dibelakang.. terkesima sekejap melihatnya..

Jadi kalau ada ke Museum ini singgahlah makan dikedai beliau.. gerenti puas hati.

Selesai kami makan, terus check-in ke Homestay Nik Rohila. Malam ini program kami ialah BBQ.. dah kami bawa siap - siap dari rumah segala perapan makanan untuk di bakar malam ini!

BBQ

Sampai sahaja di homestay, terus kami bersihkan diri, solat dan membuat persiapan untuk bbq malam ini. 

Kami mulakan dengan membersihkan dahulu tempat membakar.. biasalah orang terdahulu gunakan mesti ada sisanya, jadi kami pun bersihkan sebersih mungkin dari sisa makanan terdahulu. 

Lewat petang sahaja, Papa Tot dan adik ipar kami Ita dah mula membakar apa yang sudah dibawa. Mama Tot siapkan bahan - bahan sayuran di dapur seperti Jagung, tomato dan apa - apalah yang patut.


Aktivti ini memang agak popular di CH nie. Selain bbq, steamboat juga selalu menjadi pilihan mereka yang datang ke sini. Sebabnya disini semakin petang semakin sejuk, jadi bila malam, menikmati makanan yang panas begini memang best!






Selesai kami menikmati bbq, kami rehat sebentar dan tidur awal, sebabnya esoknya ada lagi tempat kami nak pergi... 

Bagi yang berminat :




Kami suka tinggal di Homestay Nik Rohila ini sebabnya,
  • Parking - kalau tinggal di apartment, hanya satu parking sahaja diberikan untuk satu unit, disini boleh masuk 2 kereta didalam kawasan rumah dan juga boleh parking lagi disekitarnya. Rumah sebelah juga kosong, jadi boleh parking dihadapan rumahnya.
  • Keluasan Rumah - rumah ini ialah 2 tingkat, dan mempunyai 4 bilik termasuk bilik di bawah, untuk Atuk dan Uwan, mereka tak perlu naik tangga. Bilik pula ada 3 di tingkat atas, dan ada juga katil diletakkan dikawasan tangga. Kalau keluarga yang ramai macam 3 - 4 keluarga, tidak akan bermasalah untuk tinggal disini. Untuk kami, selesa.
  • Hospitaliti - tuan homestay ini memang tak berkira, tilam extra sahaja tak tahulah berapa banyak di kasi.. ade dalam 10 unit rasanya.. bantal pun sama, banyak! tempat BBQ, peralatan memasak yang bersih dan terjaga. Okla.. kami memang rasa sangat puas hati dari segi ini. Ah.. mereka pun ada beri Astro.. cuma TVnya rasanya perlulah ditukar.. haha.. dah rosak, keluar warna pelangi lagi bila tengok berita.