Wetotla tau kalau rumah ada anak - anak kecil pastinya resepi nasi goreng bewarna kekuningan ini menjadi pilihan kan. Al-maklumlah tak ramai anak kecil yang suka makan pedas, termasuklah anak - anak kami ini.. 
Ini resepi yang paling selalu di masak selama kini cuma ada sedikit menarik bila anak - anak dah mula makan sayur. Alhamdulillah!

Dulu, amatlah payah nak makan sayur, ikan, daging, hatta daging ayam pun kadang-kadang tak mahu! Selepas kami praktikkan beberapa cara yang kami cuba di internet dalam merangsang minat mereka, akhirnya nasi yang ada campuran sayur bewarna hijau, oren dan apa sahaja, sudah boleh mereka makan. 

Jadi kali ini memang nampak menarik sikitla rupanya untuk kami kongsikan resepinya ini.








nasi putih baki dari semalam, 
(lebih sedap jika disimpan didalam peti sejuk)

Majerin

Carrot, dipotong halus
Sayur kobis - dihiris
Kacang Panjang - dipotong kecil

3 biji bawang putih, dipotong halus
4 biji  bawang merah - hiris
Isi ayam, dipotong dadu
6 ekor udang 

1 sudu kecil serbuk lada hitam 

2 biji telur



Gaulkan majerin dengan nasi, ketepikan.

Tumiskan bawang putih, diikuti dengan bawang merah. Kemudian masukkan ayam, carrot, dan kacang panjang.

Masukkan pula udang, dan lada hitam. Kacau hingga udang bertukar warna.

Ketepikan bahan goreng dan tuangkan telur, jadikan telur seperti scramble eggs. 

Kacau rata sehingga telur benar benar masak. Tambahkan sedikit majerin jika telur nampak kering.

Masukkan nasi dan gaulkan kesemuannya dan tambahkan kobis. 

Hidangkan.

Nak lebih sedap, goreng keropok ikan dan makan sekali.