Hari Ketiga

Kami turun dari Cameron Highland dalam pukul 11 setengah macam tu dan singgah ke rumah makcik di Tapah, Perak untuk melihat nenek. 

Kami dijamu dengan makanan tengahari yang sangat special iaitu Nasi Tomato. Kalau nak tahu kami pernah blogkan tentang ini di TotBakeDesign (klik sini untuk resepi). Alhamdulillah kami kenyang. 

Kami singgah lebih kurang 2 jam dan sempatlah dapat pokok - pokok yang cantik dari Pakcik termasuklah benih pokok burung. 

Cantik kan.. 

Tak sabar nak tanam dan lihat hasilnya di taman balkoni kami yang sekangkang kera itu. 

Selepas itu kami terus bertolak. Ke Bukit Merah Laketown Resort. 

Disebabkan bukan musim cuti sekolah, dengan mudah kami mendapat homestay. Cuma kami tak mahu kongsikan tempatnya sebab kami tidak begitu berpuas hati dengan keaadan homestaynya termasuklah bantal berbau hancing, tandas umpama tidak dibasuh begitu lama yang mana penuh dengan kulat, tikar hapak dan banyak lagi. 

Juga kalau anda datang dalam keluarga yang ramai, Lakefront Villa Apartment walaupun ialah 3 bilik, tapi bilik yang ketiga itu hanya boleh memuatkan 1 orang sahaja, jadi takut ada yang datang seramai 3 family, nanti family yang ketiga akan terpaksa tidur diruang tamu.

Tapi selain homestay yang kami tinggal mungkin ok.. 

Kami berehat sebentar dan petangnya kami ke rumah saudara di Kuala Kurau pula. Sayangnya kami sampai agak lewat, waktu maghrib, sebab kawasannya rumahnya sungguh cantik! Penuh dengan sawah padi yang terbentang luas. 

Kami dijamu dengan lauk pauk stail kampung dan kari yang sungguh sedap! Dimasak oleh anak dara yang sedang menghabiskan cuti Diploma. 

Sempat anak - anak kami bermain dengan kakak Amin.

Balik tu kami terus tidur dan bersedia untuk ke Waterpark esok hari!


Hari Keempat.

Kami sampai awal sangat rupanya.. waterpark dibuka pada pukul 11 pagi.. kami sampai sejam awal.. jadi lepak - lepak di sekitar sambil melayankan anak - anak dan anak saudara kami. 



Tengah lepak - lepak.. hujan pulak, apalagi kami suruh budak - budak nie mandi hujan.. alahai seronoknya mereka tak terkata. termasuk sikecil tu.


Waktu waterpark dibuka, hujan turun agak lebat, tapi kami teruskan sahaja bermain, yang seronoknya.. kami jea yang masuk dulu.. macam tempat itu kami yang punya!


Irfan Aqeel pun seronoknye die.. dahla dapat main kolam.. mandi hujan sekali.


Kami masuk ke kesemua section waterpark ini.



Anak dan Papa gigih berselfie dalam air.. 


Mama pun tak ketinggalan berselfie dibawah air.. pendek kata kami seronoklah kesini.





Bukit Merah Laketown Resort Waterpark ini memang best! Kami sangat berpuas hati, terutamanya dari segi maintenance, kebersihan, staff yang baik - baik belaka juga kolam dan permainan yang pelbagai. #kipidap

Kalau yang belum pernah kesini, sialah datang yea... cuba sekali.. mesti datang lagi!

Untuk kami ini sudah kali kedua kami datang, dan Insya Allah datang kemari lagi kalau umur panjang.